Tuesday, May 10, 2011

Wahai hati , janganlah engkau bersedih....

Assalamualaikum...




Dalam kehidupan kita ni , mesti ada macam macam hal yang berlaku. 
Masalah kat tempat kerja , tak paham subjek yang kita belajar , selalu letih , 
cepat putus asa ,asyik kena banding dengan adik beradik lain dan banyak lagi.
Terlalu banyak ujian Allah bagi kat kita.


Lepas dah diberi ujian mcm ni , mula la keluar soalan2 pelik dalam kotak fikiran kita ni.
Jadi harini saya nak share antara jawapan2 yang Allah memang dah ada 
untuk semua soalan yang kita selalu tertanya tanya tu.


Antaranya :



KENAPA AKU YANG DIUJI ?


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu?
Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 
(Al-Baqarah: 214)



Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). 
(Az-Zumar: 49)



Manusia bertanya lagi ,


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)




KENAPA UJIAN AKU SEBERAT INI?


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)





BAGAIMANA PULA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. 
(Al- Baqarah :153)


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)




AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!

... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. 
(Yusuf: 12)





KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?


Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. 
(At-Taubah: 129)





APAKAH GANJARAN YANG AKU DAPAT DENGAN KESABARAN INI ?


(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. 
(Al-Nahl: 96)




Lihat !
Semua jawapan telah disediakan untuk kita.
Semakin kuat ujian Tuhan , semakin kuat iman kita kepadaNya.
Ujian itu sebenarnya tanda kasih dan sayang Allah pada kita.
Redha dan berusaha kerana Allah untuk mengubah nasib akan memberikan 
kejayaan dunia dan akhirat kepada kita.


Allah bersama kita dari sejak dari kita belum dilahirkan ke dunia ini.
Dan kita tetap akan berjumpa Allah apabila kita meninggalkan dunia ini.
Bersyukurlah kerana Allah masih menyayangi kita.



Assalamualaikum..

1 comment: