Tuesday, May 17, 2011

Betul ke perempuan suka dipuji ?

Assalamualaikum...


Perempuan suka dipuji?




Hmm, mungkin benar. Hasil kajian dari mereka-mereka yang terkenal. Hinggakan antara waktu yang boleh menipu, pabila sang suami mahu memuji isterinya. Demi menjaga kerukunan rumah tangga.

*********************************

Suatu hari..

"N, ada orang cakap sesuatu tentang awak."

"Apa?"

"Hmm. Takpe lah. Tak jadi"

"Laaa. Mengumpat orang la tu!"

"Bukan, ni pujian. Taknaklah cakap"

"Oh, pujian ke. Taknak dengarlah. 
Kalau mengumpat kite, nak jugak kite dengar"

Dia kawan yang baik. 
Sebab dia tahu pujian akan merosakkan sahabatnya. 
Menambah riak, menjauhkan ikhlas. 
Malah membuat banyak amal-amal soleh tak diterima, malah ditolak mentah-mentah.

**********************************

Kisah dengan seorang ukhti lagi.

"Macam mana jaga kulit ye?Dah lah licin. Lembut pulak tu."

"Ehmm. Mana ade. Kulit kita ada jerawat la." Sambil tersipu-sipu. 
Mula nak berperasaan perasanlah tu.

"Betullah, kongsi la rahsia. Tak baik kedekut," cuba memujuk, sambil mahu memuji lagi.

"Ala, selalu ambil wuduk. Qiam" Sekadar menasihat. 
Tetapi dalam diam, hati tak terlepas dengan bunga-bunga riak. 
Ditambah ujub terhadap diri sendiri. 
Berbangga seketika dengan nikmat yang sementara.

" Haza min fadli rabbi. Liyabluani, a asykur. Am akfur!
Tegur ukhti yang memberi pujian. 
Nah, terpukul seketika. Bunga-bunga riak layu, 
terkena bahang peringatan api neraka. 
Buat mereka yang terlalu berbangga dengan nikmat dunia.

A040

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: 
"Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (An-Naml 27:40 )


Syok sendiri lagi?

Seronokkan. Dapat berteman dengan mereka yang selalu mengingatkan kita. 
Menaikkan semula iman pabila menurun grafnya.
Menyuntik semangat yang sering naik dan turun. 

Kita bersyukur, Allah bagi peluang jumpa mereka-mereka yang hebat ini di dunia. 
Tapi jangan syok sendiri ya!

"Tasyrif bi taklif"
Kemuliaan yang datang, dengan tanggungjawab yang besar.

Memetik kata orang belah-belah sana "Great power come with great responsibility."

Bak kata Ummu Muslim pula , "daie' jangan asyik syok sendiri."

Best-best rasa nikmat hidup dalam tarbiyah. Sila panjangkan langkah, 
menarik semua yang ada disekeliling merasainya bersama.

Kerana, nanti mereka akan datang mempersoalkannya di 'sana'. 
Andai tanggungjawabmu di sini masih tidak dilaksana.


Pesanan ringkas :)

Siapa-siapa yang mahu merasai apa yang kami rasa ni, mari. Bersama kami. 
Berjalan, berlari bersama. Menuju Tuhan yang Esa.

KeranaNya juga kita bertemu. Dan keranaNya jugalah kita berpisah. 
Dengan izinNya, perpisahan sementara di dunia, kita yakin kita akan bertemu lagi di sana. 
Allahumma ameen!


P/S :  Haza min fadli rabbi. Liyabluani, a asykur Am akfur bermaksud 
ini semua anugerah Tuhanku, untuk mengujiku, apakah aku akan bersyukur atau kufur


credit to : perindu syurga


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment