Di satu pagi yang hening...
A : Nampaknya kita dah setuju la untuk nikahkan budak berdua ni. Boleh beritahu la agaknya jumlah hantaran.Mungkin senang nak buat persediaan nanti.
B : Eh, bukan ke dah beritahu haritu ? Kalau boleh biarlah dalam 30 ribu ke, takpun 40 ribu...Maklumlah zaman sekarang ni mana ada barang murah. Wakil perempuan pulak bukan calang2 orang. Dah ambik Master pulak tu.
A : Gulp ! ???
B : Um ,wakil lelaki tak tahu lagi ke ? Saya ni bukan ape,memangla kalau boleh nak percepatkan majlis ni.
Tapi ape pulak kata orang kalau saya letak 5 6 ribu je. Nanti orang fikir bukan bukan. Lagipun anak saya tu dara lagi.
A : Masha Allah ,kenapa lebih pentingkan pendapat orang dari sunnah Rasul ? Dari perintah agama ? Jujurnya saya datang ni tak tahu menahu langsung tentang jumlah hantaran yang wakil perempuan nak tetapkan ni.
B : Kalau tak setuju, nampaknya kena la kita tunda dulu majlis ni. Mana la tahu ade orang lain yang boleh datang dengan jumlah hantaran yang sesuai.
A : Kalau begitu takpela, kami berundur dulu.
Assalamualaikum..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita lihat situasi di atas. Macam pelik dan ajaib je nak berlaku.
Ada ke situasi macam ni ? Well , yes. Memang ada.
Kerana majlis kahwin , wang hantaran , barang2 keperluan dan etc,
sesuatu pasangan tak boleh nak berkahwin.
Kerana apa ? Kerana kononnya adat. Kononnya standard.
Sebab kita dimomokkan dengan perkahwinan grand grand, kalau tak grand, orang kata
'' Alah , memang la buat simple je, Ntah2 dah ada budak kat dalam perut tu''
'' Patutlah beriya iya nak buat cepat majlis , konon nak ikut cara Islam , tapi ntah2 dah buat benda bukan2 , maklumla budak zaman sekarang''
Nauzubillah tapi memang ini lah yang berlaku dalam realiti masyarakat.
Adat , kata2 orang lagi kita utamakan.
Yang nak kahwin tu siapa ?
Yang nak mendirikan masjid tu siapa ?
Memang seeloknya jangan menimbulkan fitnah terhadap sesuatu perkara.
Yang lagi bestt tu ,
'' Alah name pun budak UIA , memang diorang ni ramai yang kahwin awal. Apa yang tak sabar sangat pun tak tahu la. Mak cik bukan ape , tapi kahwin ni bukan benda mudah, nak kahwin kahwin je. Kekuatan nak kena ada, boleh ke nak belajar sambil bernikah ? Tanggungjawab banyak tu. Kang yang dikejar tak dpat , yang dikendong berciciran''
'' Kahwin awal mana bestt. Tak fun. Dah kawin mana boleh nak lepak2 ngan kengkawan ni. Nak balik lambat pon tak boleh. Lawan cakap suami berdosa. Ishh , bosan bosan ''
Jadi macam mana ?
Banyak sangat persepsi ?
Semuanya bergantung pada diri kita.
Penulis menulis entry ni kerana semalam menonton Tanyalah Ustaz.
Memang ustaz pun cakap zaman sekarang ni dah tak sama dengan cara dulu.
Sekarang ni anak2 banyak memilih pasangan sendiri.
Jadi ibu bapa kena terima asalkan pilihan mereka itu baik dan mempunyai ciri ciri Islam.
Tentang dialog di atas , Allah ada berfirman tentang keperluan mas kahwin kerana
mas kahwin melambangkan keinginan seorang lelaki kepada perempuan :
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.”
(An-Nisa’: 4)
“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah mas kahwin mereka (dengan sempurna), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah.
” (An-Nisa’: 24)
Tetapi bukanlah sampai melampaui batasan , sebab Rasulullah pun bersabda :
“Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ahmad 6/82 daripada Saidatina Aisyah r.a)
“Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam kitab nikah.”
Ustaz cerita lagi , ade seorang sahabat ustaz yang pergi ke sebuah majlis perkahwinan.
Jumlah keseluruhan majlis perkahwinan tersebut bernilai 1.5 juta ringgit !!
Fuyyyo , boleh buat macam2 tu dengan 1.5 juta.
Tapi malangnya perkahwinan itu hanya bertahan selama sebulan.
Nauzubillah min zalik.
Jadi ustaz pun bertanya 'adakah 1.5 juta itu memastikan keharmonian
dan kebahagiaan rumah tangga ?'
Tentulah tidak. Ustaz beritahu bahawa perkahwinan yang mantap ,
yang hebat mesti bermula dengan asas yang kukuh.
Yang dibuat dari besi , bukan batu bata yang rapuh.
Antara ciri-ciri pasangan yang ustaz gariskan untuk dijadikan panduan ialah :
1 ) Berakhlak mulia
2) Mempunyai keturunan yang ramai (subur)
3) Mengamalkan Islam sebaiknya
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud :
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.
Bijaklah dalam memilih.
Jadikan perkahwinan itu satu medan untuk menyambung perjuangan Islam kerana perkahwinan itu sesungguhnya fitrah manusia.
Friman Allah :
Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain. (al-A’raf: 189)
Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Baqarah:
Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (Al Baqarah : 187)
Menurut Kitab Muhadharat fi fiqhi sadah asy-Syafie’yyah, ada menyebut tentang jenis-jenis pernikahan ketika zaman Jahiliyyah terbahagi kepada empat:
1. Pernikahan panji-panji. Maksudnya ialah – seseorang perempuan mendirikan panji atau bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai simbol untuk memberitahu kepada manusia yang lalu lalang bahawa dia adalah perempuan sundal.
2. Pernikahan campur. Maksudnya ialah – beberapa bilangan lelaki berkumpul dan menyetubuhi wanita. Sekiranya perempuan itu melahirkan anak, maka ianya dilihat berdasarkan yang paling menyerupai di kalangan lelaki yang menyetubuhi wanita itu.
3. Pernikahan yang diberitakan. Maksudnya ialah – apabila seorang wanita menginginkan seorang anak yang mulia, maka dia akan menyerahkan dirinya kepada sebilangan tokoh lelaki penyair masyhur sehingga ianya melahirkan anak dari salah seorang daripada mereka.
4. Pernikahan sebenar. Pernikahan inilah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW ketika menikahi Saidatina Khadijah Binti Khuwailid sebelum kenabiannya.
Semoga kita bisa mencipta perkahwinan yang keempat iaitu pernikahan sebenar dengan izin Allah Taala.
Jangan biarkan adat mendahului agama kerana adat tak mampu nak bersama dengan kita menjawab soalan soalan Allah nanti.
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan,
supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).
(Surah adz-Dzaariyaat : 49)
Assalamualaikum.
slalu org cakap kawen masa belajar banyak masalah. padahal itu lah yang sepatutnya membantu pelajar sebab menenangkan hati masing-masing.
ReplyDeletesatu lagi orang lupa kewujudan nikah khitbah dan hakikat khitbah tu sendiri..
sedih kan, buat salah orang maki, buat baik orang caci.. entah apa lah yang betul nya..
yes.betul tu.
ReplyDeletepastu yg bestnya diorang ckp budak uia ni belajar ilmu advance dari org lain.
tapi bukan lagi bagus ke kawin awal?
orang kbnyakan fikir kalau bercinta tu takpe , asal jangan kawin awal2.
nampak mcm dah tak sabar.
padahal konsep tu lg la salah.
mantap ah atikel ko syah..
ReplyDeleteyes, i do agree with u..
suka baca artikel ni..
nanti kan kalo ko kawen jgn lupa ajk ak taw syah..
harhar..
^^,
athira : terima kasih tirah ;)
ReplyDeleteInsyaAllah ,tapi tu pun kalau aku dulu la.
Tapi kalau kau dulu...
Jangan lupa jugak kat aku.hehe
ramai orang mungkin jarang dengar hadis yang mengatakan antara ciri2 wanita solehah adalah awal pernikahannya dan murah maharnya...
ReplyDeletebetul betul ;)
ReplyDelete