Thursday, May 26, 2011

Khas untuk Hawa : Ya Allah kau ampunilah aku...



Sekadar peringatan, untuk diri ku dan rakan-rakan ku jua.. :)
Sakura : Aku nak tanya sikit boleh?
Sizuka : Tanya lah..

Sakura : Kau ni pakai tudung labuh…tapi kenapa kau xseperti orang tudung labuh?
Sizuka : Woi..pe maksud ko ha?

Sakura : Tengok..belum apa-apa lagi kau dah woi-woi kan aku..
Sizuka : Yela..mulut ko xmakan saman kot..

Sakura : Hmmm…biar aku bagitau kenapa aku cakap macam tu..Aku perasan kau selalu lambatkan waktu solat.
Sizuka : Alaa..aku banyak kerja la..

Sakura : Aku perasan kau mengaji Al-Quran waktu maghrib je..
Sizuka : Alaa..ok la tu dari takde langsung..

Sakura : Aku perasan kau selalu online FB sampai 2 3 pagi then bangun subuh lambat..pukul 6.30 baru bangun..waktu tu juga lah kau nak pergi mandi bagai..
Sizuka : Alaa..FB tu aku guna untuk berdakwah jugak..

Sakura : Aku perasan kau jarang baca mathurat..
Sizuka : Alaa..xsempat la..aku sibuk..

Sakura : Aku perasan kau sibuk baca novel..jarang baca sirah Rasulullah SAW..
Sizuka : Alaa..nanti aku baca la buku sirah tu lepas habis baca novel..

Sakura : Aku perasan kau xsiap macam-macam kerja yang pensyarah bagi disebabkan hanya sibuk dengan dakwah FB ko..
Sizuka : Alaa..bukan penting sangat pun assignment tu..dakwah lagi penting..

Sakura : Aku perasan kau amat tak suka dengan ‘couple’ – ‘couple’ ni sebab kau kata ‘couple’ tu haram tapi aku tengok kau pun ‘couple’ je walaupun kau kata kau tunang je…cara dah macam ‘couple’…
Sizuka : Alaa..aku tunang la..

Sakura : Sizuka..sizuka..aku nak tanya ni..setiap benda yang aku cakap, ada je benda yang kau nak jawab balik kan? Sekarang aku nak tanya..kalau di akhirat nanti Allah hisab & tanya semua benda yang aku tanya ni, kau nak jawab apa pulak?
Sizuka : Eh..err…huuuhuu [Sizuka diam membisu..menundukkan pandangannya..]

Sakura : Sizuka..aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur kau..amanah memakai tudung labuh ni amat besar kerana kita membawa imej Islam. Sebab tu tak ramai yang sanggup pakai tudung labuh ni kerana bagi diorang tak layak lagi la..tak cukup kuat la..macam-macam la..dan kau…Allah dah pilih kau untuk pakai tudung labuh ni..kita manusia biasa memang akan ada buat salah & silap..dan aku tak nak la kau berhenti pakai tudung labuh disebabkan kesilapan-kesilapan kau. Aku cuma harap kau kuatkan diri untuk bermujahadah melawan nafsu & sebagainya agar kau memang betul-betul layak untuk bertudung labuh. Jadikan tudung labuh itu sebagai pengingat diri kau bahawa kau dalam pantuan Allah SWT yang amat mengasihi hambaNya..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sebab tu aku nak tegur..Kau terlalu cepat melenting..woi-woi itu benda biasa bagi kau. Sizuka, kita ini muslimah..bukan betina..bukan sebarangan perempuan..kita hawa yang disayangi Allah untuk menjadi seorang muslimah. Sopan-santun & kelembutan itu senjata kita. Islam itu amat indah..jadi segala yang datang dari Islam juga indah..akhlak kita biarlah dapat dididik agar dapat terpamer keindahan ajaran Islam tu..banyakkan bersabar..banyakkan beristighfar…
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi ni..tentang solat..kau sering lewatkan waktu solat dengan alasan banyak kerja..Sizuka..seruan mendirikan solat itu bukan dari manusia sayang..bukan jua dari Nabi atau malaikat..tapi dari Allah..Allah..siapalah kita ni?? Hanya hambaNya kan? Kenapa kita sombong sangat? Allah yang ciptakan kita…Dia beri kita segala-segalanya tapi bila Dia menyeru untuk bersama dengan kita dalam solat, kenapa kita lewatkan? Siapa kita untuk memperlekehkan seruan Allah tu..tinggalkan dahulu kerja itu kerana takut hilang keberkatan kita menyiapkan kerja tu..tu pun belum tentu kerja tu siap walaupun kita solat lambat kan??
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi-lagi ni..sizuka, bagi kau lebih baik mengaji Al-Quran waktu maghrib daripada takde langsung kan? Betul lah tu..tapi itu sesuai untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan rutin mengaji Al-Quran..untuk orang macam kau yang sebelum ini selalu mengaji selepas solat tak sepatutnya macam itu..Al-Quran itu ayat cinta dari Allah..kau nak tunjukkan pada Allah yang kau tak suka dengan ayat cinta Dia ke?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..ni aku nak cakap pasal FB pulak..memang bagus kau guna untuk berdakwah FB tu tapi pada masa yang sama, kau abaikan urusan kau dengan Allah sampai bangun subuh lambat..kau kena tahu bezakan mana yang lebih penting sizuka..jangan asyik sibuk nak dakwah orang sampai terabai diri sendiri ibarat lilin yang bakar diri untuk orang lain bila dia tak amalkan apa yang didakwahkan itu..senang cakap kita kena dakwah diri kita dulu sebelum dakwah orang lain..supaya orang lain pun mudah terima dakwah kita..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sekarang pasal mathurat pulak. Apa yang kau sibukkan sampai nak berzikir pada Allah pun tak sempat? Siapa yang beri nyawa kau tu? Siapa yang beri nafas kau tu? Siapa yang beri hati kau tu? Siapa yang beri jasad..mulut..akal..kau tu? Bukan Allah ke?? Allah kan? Kenapa tak nak berzikir pada Allah dengan guna alasan sibuk? Jangan sampai kau terkena penyakit yang Rasulullah SAW pernah sebut dalam hadis baginda iaitu umat manusia akhir zaman akan ada penyakit iaitu terlalu cintakan dunia..kalau zikir pada Allah pun rasa berat, mesti selawat pada Rasulullah SAW lagi berat kan? Tapi nak syafaat dari Rasulullah SAW..rasa-rasa layak tak dapat syafaat baginda kalau macam tu? Zikir dan selawat bukan benda berat sayang..amat ringan di mulut kita..tapi berat di timbangan al-mizan bila kita dihisab nanti..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sizuka..tentang novel ni..bila sebut pasal solat, mathurat, kau kata sibuk sampai takde masa sedangkan masa tu Allah dah bagi cukup kat kau 24 jam sama macam orang lain..tapi bila baca novel, sempat je aku tengok kau habiskan macam-macam novel..buku sirah langsung tak usik..dah berhabuk aku tengok..sizuka, tak salah baca novel..ada juga ilmu dalam novel tu tapi sirah tu harus diutamakan sebab itu sirah Rasulullah SAW dan kisah Islam dahulu..perjuangan umat Islam dahulu..perjuangan Rasulullah SAW dahulu..kalau Rasulullah SAW tak benar-benar memperjuangkan Islam dahulu, aku rasa tak mustahil sekarang ni kau yahudi atau aku nasrani..perjuangan & pengorbanan Rasulullah SAW dulu amat hebat..seorang Rasul Allah dibaling najis, luka berdarah, dikhabarkan telah wafat kerana semata-mata ingin menegakkan Islam..tapi kita..apa yang kita buat? Sibuk baca novel..amat minat dengan cerita korea..sampai semua cerita korea ada dalam koleksi..tapi cuba tanya ceritakan tentang satu perang yang melibatkan Rasulullah SAW..tak banyak..minta satu je..belum tentu dapat jawab kan? Tapi cerita korea boleh tengok ulang-ulang kali..sampai dah boleh ingat skrip..dah hafal nama-nama pelakon..bila ditanya tentang keluarga Rasulullah SAW terkial-kial nak jawab..kalau tanya tentang sahabat Rasulullah SAW lagi lah..terus membisu je..tapi bila sampai Maulidur Rasul sibuk cakap aku sayang Rasulullah SAW..cintakan Rasulullah SAW..kan?? betul ke cinta macam tu? Sebab tu kita kena baca sirah Rasulullah SAW..kita kena tau semua tu sizuka..semua ni untuk peringatan aku juga..kerana aku lebih hina dari kau..
Sizuka : Aku…err…huu [Mula bergenang air mata Sizuka…]

Sakura : Aku sayang kau..sizuka, kalau kita nak berdakwah sekalipun, assignment jangan tinggal kerana assignment itu penting..Islam tidak mengajar kita terlalu melebihkan dunia sehingga mengabaikan akhirat kerana sekarang kita duduk di dunia..Islam bukan semata-mata di masjid, surau, tapi Islam itu syumul (menyeluruh) sebab tu pada zaman dahulu, ramai pakar ilmuwan Islam..dan ilmu itu berkembang sehingga Eropah namun eropah dah salah guna hingga mengatakan mereka yang menjumpai ilmu itu terlebih dahulu. Orang eropah pun sibuk mengajar kita macam-macam hukum..contohnya Newton’s Law..ada pula yang dapat idea lepas jatuh epal atas kepala kan..padahal semua itu datang dari Allah..diorang menafikan kekuasaan Allah dengan memperkenalkan pelbagai hukum. Sebab itu lah kita kena betulkan keadaan sekarang kembali pada fitrahnya..kita belajar ilmu Allah tapi jangan nafikan kekuasaan Allah..bila kita tak buat tugasan yang diberi, kita akan mendatangkan fitnah pada Islam. Siapa nak dengar dakwah kita sedangkan kita sendiri tak betul..kan?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..haa..ni yang paling parah..couple..Alhamdulillah kau sedar couple itu haram kerana mendekati zina..& Islam ada menyediakan ruang untuk bertunang walaupun nyata pernikahan itu yang terbaik. Kau kata kau tunang tapi setiap malam bertelefon, setiap minggu jumpa, setiap bulan jalan-jalan. Itu dah macam couple sayang..nama takkan menghalalkan perbuatan. Tunang yang sebenar ialah yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah bukan yang menjauhkan kita dari Allah..tunang yang sebenar akan menyebabkan kita merasa sakit yang amat manis..kerana kita menjaga diri kita kerana Allah sebelum tiba masanya kita menyerahkan seluruhnya kepada suami kita. Kita kaum hawa kena jaga diri supaya tunang kita dapat menahan diri. Kita jangan jadi perosak diri dia..jangan jadi penggoncang iman dia..nauzubillah~
Sizuka : Aku..err…huu

Sakura : Aku sayang kau..amat sayang.. (Sakura memegang erat tangan sizuka..ditatap dalam ke mata sizuka yang bergenang air matanya) Aku amat sayangkan kau..sebab itu aku ingatkan kau..aku tahu kau dah sedar yang kau dah buat salah..& pintu taubat Allah masih terbuka untuk kita sayang.. aku pun banyak salah..kita mestilah saling ingat-mengingatkan kerana kita berukhwah..aku sayang kau kerana Allah..ubah lah segala yang mampu kau ubah walaupun sedikit..sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak kan..jadi seorang yang lebih baik & jangan pernah rasa diri kita yang terbaik dalam semua hal walaupun kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sizuka : Aku hina…(dirangkulnya bahu Sakura erat-erat..tangisan sizuka teresak-esak mengenang dirinya yang hina…)

Sekadar cerita. selagi kita mampu mengubah sesuatu menjadi lebih baik, ubahlah kerana Allah itu tetap yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…

p/s : Ini adalah copy paste. Sumber asal tidak dapat dijejaki.
Entry ini untuk semua. 
Bukan untuk yang bertudung labuh sahaja.
Tapi untuk semua wanita Muslim. 
Moga Allah membantu kita.

Ya Allah , kau bantulah kami.
Kuatkanlah hati kami.
Janganlah kau bebani kami dengan beban yang kami tidak mampu pikul.
Kau Ampunilah kami Ya Allah.
Sesungguhnya kami hambamu yang selalu melakukan dosa.
Sungguh CintaMu terhadap kami terlalu hebat sehingga kami tidak mampu membalasnya. 
Bantulah kami menjadi wanita syurga.
Berikanlah kami pengakhiran yang baik.
Amin Ya Rabbal Alamin. ;)

No comments:

Post a Comment