Sunday, May 1, 2011

Macam mana nak kenal teman sejati ?

Assalamualaikum...


Sejak akhir akhir ni byk kisah yang pelik pelik dan macam macam yang berlaku . Example : mak kena tendang dengan anak , anak lari rumah la , cikgu kena belasah ngn student la dan byk lah lagi kalau nk type pon tak habes. Kalau tgok balik yang byk buat hal ni remaja laa kan. Eventhough ade je  org dewasa yang buat perangai jugak. Tapi remaja kan pewaris bangsa.
So ,why this teenagers are very keen to do whatever they want ? when they also know that being durhaka is the most dangerous thing to do in Islam after syirik. hmmmm.




Actually , bukan nak kata remaja rosak kerana kawan semata mata , tapi nak taknak , yess , friends are like 80 percent involve in life of one teenager. Lagi lagi zaman skrg di mana ibu bapa selalu sibuk kerja , kadang2 ape anak buat tak sempat nak rotan ,nak marah , daahh merajuk. Yelaa, sebab kurg luangkan masa ngn anak anak , nak pukul jadi satu keadaan yg tak selesa bagi ibu bapa. Last last anak yg dapat blanje KFC la ape laa. Hahh, pampered teenager again. Then , to be a good teenager meaning to have good friends behind.
 Macam mana nak kenal ?






1) Sentiasa prihatin dengan anda


Okay , kawan yg sejati ni kan , tak perlu nak selalu contact (kalau berjauhan ) , nak mesej2 , nak inbox or whatever. tapi die selalu tahu ape progress kawan baik dia tu.Kalau slalu contact tu lg la bagus. tp kekangan masa dan tmpat bukan alasan untuk menjadikan friendship itu 'jauh di mata jauh di hati' instead  ''jauh di mata dekat di hati''



2) Selalu bersama di dalam susah dan senang

Kebanyakan orang akan ade beribu kawan ,dgan cara yang berbeza beza..kenal kat FB ke, baru kenal seminit ke, dah 10 tahun kenal ke, satu kelas time sekolah ke dan sebagainya. Tapi nak cari kwn berkualiti yang bila kita nangis , dia pinjamkan bahu utk bersandar ,yang dengar cerita kita dlm kesusahan , yang sanggup bangun malam malam untuk tolong kita , yang tumpangkan kita bila kereta kita rosak , or bila kita miskin dia yang bantu kita naik balik. Bila kita gagal dlm exam , dia bagi smgat untuk kita usaha lebih lagi. Fuuuhhh , susah nak jumpa material kawan yg mcm ni. Sebab ape ? sebab niat berkawan tu. Mungkin belum cukup ikhlas lagi dan sebagainya. Jadi kita sendiri boleh tahu siapa yg betul2 sejati bila mana kita perlukan dia dan dia untuk kita. 



3) Menasihati ke arah kebaikan

Dalam zaman yg penuh ranjau ni , nak cari kawan yang nasihat ke arah kebaikan tu ada. Tapi tak ramai. Mungkin sebab dia fikir kita ni tak boleh nak ditegur sebab tu nak nasihat pon takut. Tapi kalau dia mmg ikhlas nak tgok kita selamat dunia akhirat, dia akan tegur kita jugak walau dgn apa cara sekalipun. Sbb die rasa dia ada tggungjawab yg perlu dipikul dan dia akan disoal di akhirat kelak. Contohnya , mungkin kita ni selalu skip sembahyang subuh , die kejut pun kita buat buat tak dengar , pastu bila dah kol 9 baru kelam kabut nak qada'. Then, lepas tu dia tegur kita baik2 , bagi surat ke , tlong pasangkan alarm clock ke , pehh, memang kalau ada kawan mcm ni hargailah die sebab die mmg ikhlas berkawan dgn kita. Yela , kalau dia tu selfish, dia akan fikir 'buat ape la aku susah2 nak kejut die, bukan beri pekdah pon'.



4)Jujur dengan anda

Nak cari yang jujur ni pun susah jugak , sebab kita pon tak tahu belakang kita apa yang dia buat kan. Tapi as long as die jarang sekali (nak cakap tak pernah mcm tak logik pulak) mengumpat org lain kat depan kita , meaning ade chance laa die pon tak cakap belakang kita. Why ? sebab kalau org yg habit die mmg nak ngumpat jaa, dia mmg akan rajin la nak mgata ape yang tak elok je kat mata dia. Tapi kalau nk dgr dia mgumpat pon jarang , dia nak dgr ngumpat pon segan , memang knfm laa die ni mmg bagus nak buat kawan.
Kecuali la dia ni hipokrit. tu lain cerita la kan.


5)Tak suka salahkan orang lain

Quality mcm ni mmg bagus kalau kita semua ada. tak suka salahkan org lain ni sama macam sikap suka bersangka baik la. Pantang dengar gossip ke , cerita yang tak best ke, takdalah dia nak canang satu kolej kan. Sebab bg dia jaga aib orang tu penting , barulah orang tak buka aib diri sendiri. Walau pon contohnya , memang sah sah si Joyah tu mengandung anak luar nikah (hiperbola) , tapi dia takda lah nak salahkan Joyah tu 100%. Dah memang die terbuat salah , so buat ape pon tak leh undur balik. Takkan nak gugurkan kandungn pulak ,lagi la berdosa besar. Jadi dia nasihatkan kawan die ni berubah. Memang sejuk hati ada kawan mcm ni. 

Ape ape pun sebelum kita nak menilai berapa banyak teman sejati yang kita ade, kita jugak kenal nilai adakah kita mempunyai cri ciri seorang teman sejati seperti di atas. Kadang kadang kawan yang kita betul betul percaya yang khianati kita , dan kawan yg kita anggap biasa ja yang sanggup tolong kita time susah . See ? It is very hard to find true friend, They are like one in a million laa. Tapi InsyaAllah dengan izinNya , kita akan dipertemukan dengan teman yang sejati ;D Bak kata orang ,

'' Teman ketawa senang dicari , teman menangis ? Fikir fikir lah sendiri ''

Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment