Monday, May 9, 2011

CFS IIUM anugerah terbaik untukku...

Assalamualaikum....


Sejak menjak tgok bebudak lepasan SPM dok kelam kabut ngan IPTA yg depa dpt , meh aku nak story sket kat mana2 budak yang dapat asasi UIA...


Alrite , first of all , time aku memula cek UPU dulu , aku sedih gilaaa tk dapat mana2 IPTA. ni cerita betul tau. aku ni bekas pelajar sekolah asrama penuh.result pon oke gak la semua tegak satu b je.tp tu zaman2 aku dulu. korg bygkan jela orang lain dok kecoh dpt UiTM la, UIA la , UPM la , aku tak dpt.pehhh. padahal kawan2 aku yg dpt tu result biasa2 je pun ada. Aku pon dah nekad nak g matrik la kan , tp dalam hati ada terkilan gak laaa. Aku ada salah isi borang ke ? Soal hati aku.


Yela , sbb dengan masuk matrik , bermaksud aku kena pulun habis2 nak dpt kos yang aku nak. Tapi aku teringat ade org kata ,


'' Kalau dah memang rezeki kita , memang tak kemana la''


Pastu , tibe2 akk aku gtau pergi asasi UIA yang kat pj tu , hantar surat rayuan semua. Aku dah mula berbunga bunga happy la. Macam ade chance je nak masuk UIA ni.aku mmg suka style UIA ni actually. Sbb senior aku dah byk ckp pasal UIA ni bestt. Ragging mmg takdak.toksah nk mimpi la. Orientasi pun kau boleh tido lelama sambil dgr talk / briefing. Hehehe.


Orang yg bahagian ptadbiran tu pun ckp la aku punya result ni boleh pilih nak kos ape. Sebabnye die ckp Kementerian Pengajian ni macam strict sket waktu pemilihan UPU. and mostly budak second intake mmg dpt  kos yang diorang nak sbb byk budak yg pegi overseas dah keluar dari IPTA.


 Aku mcm 'biar betul dia ni ?' Tapi die suh ikut prosedur la. Pastu dengan riang gembiranya aku daftarkan diri sama je ngn kawan2 first intake yg lain. Alhamdulillah Ya Allah.... Time tu dalam surat tawaran aku dapat asasi sains hayat. Maka berlalulah mggu orientasi atau dikenali sebagai Taaruf Week. 
Ada EPT ngn APT. Tp utk budak jr sekarang ade lagi satu Tilawah Entrance Test. Tu mcm korg kenal hafal surrah2 lazim la. Tak susah pon. Kalau tak lepas , kena join Tilawah Class. Mcm tu la ,aku taktau sgt sbb tak de kan time zaman aku. Zaman aku dulu kena amek test mcm soal jwb agama. Bulat2 je jawapan yg betul.


EPT stand for english placement test. Korang kena buat argumentative essay.
Contoh soalan mcm : Do you agree student should have their school uniform ?
Hah , korg pon kena la bagi reasons nape setuju.kalau tak setuju pulak kenapa. 
Yang APT tu Arab Placement Test mmg takyah ckp , basic pon takdak. Tak ingt dah. Time skolah rendah je blaja kejap. Memang hentam taro laa.hehe.
Aku dapat arab level 1 time tu yang bermaksud kena start dari basic
and EPT aku dpt level 6. maksudnye kalau aku lepas level 6 ni , aku dah exempted la.takyah amek english lagi. tu bergantung pada rezeki jugak la dan usaha korang.
Apelagi baca buku cepat ! Hehe.


Alhamdulillah , a week after taaruf week tak silap aku , keputusan pertukaran kos pun keluar. Berpusu pusu orang dok tgok dapat dak kos depa nak.ade yg dapat time tu , ade yang after first sem. Aku pulak dapat tukar kos time taaruf week. Hehehe.
Cadangan aku , kalau korang ni nak tukar cam dari engine ke science programe, korang ambik je ape2 kos yang science dulu. Mcm dari engine amek nursing. 
Padahal dak engine ni nak medic kan. Nnt prosedure die senang. Sbb dah final sem dia akan streamlining result korang yang dak science ni , mane yang pointer tggi ni , UIA akan call korang ' halo , dik awak nursing kan , nak tak tukar medic ?' Haa,  ni berlaku kat kawan aku sendiri. Tapi die mmg nak nursing so die tolak laa offer medic tu. Hehe.
Kalau science program nak tukar LAW  ke BEN ke mcm tu jugak laa.
Sbb competition agak tggi kan.


Kat asasi ni jugak banyak gila program2 best yang korang boleh join. Talk , ceramah , forum, campaign pasal Islamic things mcam aurat , hal hal men VS women .Bab cinta2 , kawin2 sume ada.Boleh dikatakan tiap mggu ade. Byk gile input korang boleh dapat.
Kire nak relaks2 dari stress blaja pon bole laa. Hihi.
Jawatan pon mmg available byk la lagi2 korang kan bakal pemimpin pulak .
So tiap society ade die punya jawatan sendiri.
Alaaa,nak cite panjang sgt la. Nnt korang tahu laa.
Tapi utk mahallah atau kolej korang , ade jawatan2 die. 


Dinamakan sbgai MRC a.k.a Mahallah Representative Comitee.
Kalau post tertinggi pulak kat asasi ni  FSCC a.k.a Foundation Student Coordination Council. 
Nilai ke PJ ke masing2 ada MRC and FSCC masing2. Tapi mmg busy laa.
Kalau berminat , boleh je untuk timba pgalaman banyak sket. Hehe. Tapi mesti pandai balance la belajar dgn kerja society ni. Sebab at last CGPA korang yang akan dinilai dulu utk akademik ke degree selain merit atau pglibatan korang tu.


Kat sini environment die mmg best laa. Yang aku suka ukhuwah antara student2 die ni.
Lagi2 time result semester nak keluar , time nilah budak2 UIA ni jadi bersatu padu mgutuk sistem UIA lambatla apela.haha. Padahal bole je nak cek kol 10 pagi esok ke , 8 malam kang ke , tapi semua nak jugak dok depan laptop tu , nak cek waktu yang serentak .
Mane la tak jam trafik UIA tu. hihi. 
Lecturer lagi la best , muda muda , sporting , tak kedekut markah sangat (asal pandai bodek) dan mcm2 lagi la.


Ok laa , cite panjang2 pon , korang rasa sendiri la experience kat asasi UIA ni. Hehe. Baru boleh share ngan kami kami pulak. Aku sekarang tgah bercuti panjang. Tggu bulan 9 ni nak masuk degree kat Kuantan Pahang. Aku harap sgat kat Kuantan nanti pon bestt mcm kat asasi. InsyaAllah ! ;)


Okay , ni ade sikit photosss yang aku nak share ngan hangpa. Hehe. Susah jugak nak google photo cfs ni. 



Ni padang cfs berdekatan dengan Mahallah Khadijah
( Yang bangunan tinggi tu )


View dari bumbung kolej time senja


Jalan dekat area 
pintu gate


Ni kat asasi Nilai


Mahallah Abu Bakar ni mahallah utk brothers 

 
Asasi Nilai again !



Situasi waktu mggu orientasi. Semua akan berorientasi kat PJ dulu. 
Dah abes Taaruf Week , baru stdnt Nilai bergerak ke Nilai



Mahalla Zainab ! Mahallah ku tersayang , time ade fire drill ni.
( Yela kott) Hehe.


Itu saja lah ye adik adik. HEHE.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Akhir kalam , WELCOME TO UIA !!!!


*Mari mendidik hati menjadi muslim dan muslimat yang 
 bekerja untuk Islam dalam bidang professional 




Yang Mengarang ,
Hamba Yang Beruntung


Assalamualaikum.









20 comments:

  1. memang best sesangat ! hehe

    ReplyDelete
  2. mula2 rasa takut nak pergi.. alhamdulillah.. sekarang dah ada keyakinan.. terima kasih utk perkongsiaan nie..:)

    ReplyDelete
  3. syahira : insyaAllah bantu sikit2 je. yang penting kat sana kawan2 akan sentiasa sokong kita.jgn risau.dapat kos ape ?

    ReplyDelete
  4. insya-Allah, kak.. saya dapat kos ekonomi..

    ReplyDelete
  5. ohh.boleh punya.yang penting ada minat. ;)
    kalau tak minat still boleh minta tukar.

    ReplyDelete
  6. esha! ak pon mse tgok upu xdpt mane2.. taw x, down gile mse tu.. pastu jiran ak soh buat rayuan UIA.. Alhamdulillah, there i was!

    Memang nikmat msuk cfs slagi kite guna sgala peluang yg ade. Blaja ok, society pon bole ok..

    ReplyDelete
  7. sob sob aku rindu cfs T___T

    ReplyDelete
  8. sukma : a ah.sama la kita !! hehe
    yang penting kita kena hargai rezeki ni ;)

    ReplyDelete
  9. tenq sis..mmg sgt2 membantu.. *__*

    ReplyDelete
  10. Salam, macamana nak buat rayuan terus ke pihak uia? Kena karang surat rayuan sendiri ke?

    ReplyDelete
  11. a ah.karang surat lagi best pegi uia hantar direct. senang.selalu dpt insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Satu lagi soalan :) Camna sis boleh dapat first intake? Ape maksud sis kena ikut 'prosedur'? And selalunya rayuan untuk dapat first intake dapat tau bila? Thanks.

    ReplyDelete
  13. nak masuk uia jgk macam mana first intake tu? kalau tak dapat first intake terus pergi buat rayuan dkt pj tu?

    ReplyDelete
  14. terus pergi buat rayuan kt asasi uia pj
    better pergi sana jmpe org admin :)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum akak nak tanya mcm mane nak buat rayuan ?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. nice entry kak..nak tanya,mcm mana nk buat rayuan kat uia?prosedur ape semua..memang kena walk in cfsiium ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum akak means akak masuk ke uia through hantar surat rayuan tu ye? And bila ye akak dapat tahu?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak, nak tanue mcmmne akk buat surat rayuan tu,klu boleh terangkan prosedur boleh tak? And akk buat rayuan then akk terus dapat ke utk ke first intake?tempohnye brp lama utk keputusan rayuan keluar ?

    ReplyDelete