Tuesday, May 24, 2011

Aku makan benda halal ke haram ni ??

Assalamualaikum..


Sejak akhir akhir ni dok kecoh la kes halal ke haram ke pasal  
restoran makanan yg femes ames yang boleh dikatakan 
majoriti Malaysian or Melayu la yang selalu makan.
Antaranya resipi rahsia dan IKEA bola daging.


Okay , for sure aku sendiri tak penah pegi makan bola daging tu, 
jadi taktau la hape rase ke rupe ke.*sgt jakun.
Tapi mostly ramai jgk org Melayu yg dgr kata mmg makan kat situ.
Eh,sodap mmg sodap. Tapi sodap yang boleh ke tak boleh makan ?




Ini annoucement mgatakan IKEA meatball ditutup sementara.

Dah kecoh kecoh , tak lama pastu ada rakyat Malaysia 
yang prihatin terus call Jakim untuk mendapatkan pgesahan 
pasal bola daging or daging bola ni.
And jawapannya JAKIM ckp meatball tu HALAL. 
Nak tahu lanjut  : Meatball Halal

'' En.Roslan juga berkata, Ikea Meatball memang tidak memaparkan logo/sijil halal, tetapi sekiranya pelanggan ingin melihat sijil halal tersebut mereka akan bersedia untuk menunjukkan kepada pelanggan, dan ada orang tertentu yang akan membantu pelanggan untuk menunjukkan sijil tersebut ''

Okaylah dah halal.Cuma yang pelik bin ajaib tu apsal tanak 
letak je logo HALAL tu kat kedai ?
Kan lagi senang..takda la org syubahah ke hape.
Mcm contoh orang dah kawin,pastu g dating,
orang tanya dah kawin ke belum
'Dah tapi kad nikah tertinggal kat umah'
Ish ish ish.Pelik pelik.
*Apsal aku emo ntah.HAHA.

Okay , pastu pasal kek rahsia.Eh salah.resipi rahsia. 
Haih banyak sgt die punya rahsia ni.
Kejap dulu dah penah kecoh dah haram , 
pastu halal balik, pastu entah la macam2.
Tapi sebab dah agaknya ramai sangat yang tak puas hati, 
so mereka pun call dan buat aduan ( malaysian yg prihatin ).
Eksekutif Halal bahagian resipi rahsia ni pun mgesahkan 
kek ,donut ,dorayaki, pau (eh mana ade pau ) dan semua2 nya HALAL. 
Fuuuhh, easy breathing balik.
*Peminat resipi rahsia in da house <3

Kalau korang tak percaya boleh usha 
facebook page secret recipe sendiri : 
Dan ini pula adalah lesen JAKIM sendiri 
yang mgesahkan keHALALan Secret Recipe : 

Well , kita pun kena la siasat satu satu info lain kali. 
Jangan main terjah (tv3) je.
Kang tak pasal pasal kita dah sebarkan fitnah.
Uih, berdosa besaq tuh.
Pastu sekarang ni semuanya di hujung jari, 
jadi bila dah hujung jari...
Tangan ni rajin je nak hapdet info2 baru yang 
fresh freshie ni tapi kena make sure dah memang 
SAH la dulu baru boleh hapdet kan ? 

One more thing, memangla tugas JAKIM nak 
sahkan halal ke tak makanan kat restoren Mesia ni.
Tapi kita sebagai pengguna pun kena la alert.
Jangan main nak tibai je. *fine terasa
Bila nampak mcm syubahah tu kena la tgok detail sket.
Selalunya benda yang tak halal ni memang sedap.
Lagi lagi yang bubuh arak , pork ape tu. 
* okay tak penah makan tp based on org cakap
Islam tak bagi makan mesti sebab ade keburukan die kan. ;D

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 
'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. (HR. Bukhori)

See ?? Kita memang kena dan patut berhati hati tentang hal hal mcm ni.
Pastu belum lagi tgok alat perkakas, mangkuk , periuk belanga , 
pisau semua semua yang diorang guna.
Kalau macam contoh la : Kedai tu jual Bab 1 kan ,
even kita makan mihun goreng yang ade sayur je 
pun kat kedai tu,tetap syubahah tau.
Yela alatan yang die pakai tu kita taktau die campur pakai sekali ke.

Dan untuk additional info , STARBUCK dan SUSHI KING 
disahkan HARAM oleh JAKIM.
Brape byk capital letter daaa. Sushi king dikatakan 
menggunakan kandungan alkohol yang berlebihan dan memang jatuh haram la. 
Kalau teringin sangat nak makan sushi, pekata buat Homemade. 
Alang alang bagi aku rasa skali ye. HAHA.
Untuk STARBUCK ni pulak haram sebab ada kandungan ala ala 
gelatin or pork la dalam coffee dia.

Okay kalau korang ade ape2 yang tak puas hati ke ngan artikel ni, silakan komen sebab aku pun nak tau jugak kalau ade info lain yang lebih sahih dan berasas untuk dikongsikan.


Firman Allah SWT:
“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

By the way , KFC kegemaran rakyat mesia tetap Halal. ;)




 "mencari barang halal itu fardlu (wajib) atas setiap Muslim" 


Jadi bila dah tahu, kena amalkan lah.
Takkan nak makan  sampai dah kenyang ...
dah Burrppppp 6 harkat..
Baru nak 'eh eh ,tak leh makan ke ? Tak tau pun'
Durrhh.memang payah la kalau mcm ni kan.
*okay memang terasa sikit*


Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)




Well , sebenarnya pilihan di tangan ke kita.
You choose your own path.
And Allah will give The Best as long as korang  berniat baik.



Sekian laporan dari Bernama.
Carilah yang Halal sebab nanti anak cucu cicit ciut 
yang kita akan mewarisi darah daging kita.


p/s : Sori takde byk gmbr sebab tenet 'laju' sangat.








Assalam....

4 comments:

  1. Salam. X silap aku. based on Halal.gov.my iaitu laman web rasmi under JAKIM. Starbucks x haram kalau dye pamerkan sijil halal dye depan kedai Starbuck cthnye kat jaya one x silap.

    "Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

    Aduan :
    Salam,
    Saya mendapat emel berkenaan dengan status halal bagi produk daripada Coffee Bean dan Starbucks.Saya Lampirkan disini isi kandungan e-mel tersebut :-
    Starbucks HARAM,
    ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAM Z AH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

    Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contain E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork).

    Raspberry Frap uses cherries that have been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

    Please pass this message to our Muslim friends.

    Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you

    INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA

    Saya amat berharap Pihak Jakim dapat mengulas dengan lebih lanjut.Sekian,terima kasih.
    Tarikh Aduan :
    28/04/2008 - 11:16:52


    Jawapan :
    Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih".


    utk maklumat lanjut. try browse

    http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

    taip starbuck and amek list no.2

    aku lagi suke rujuk laman web rasmi JAKIM rather than laman web biase2 sbb lman web JAKIM lg up to date and sumber dye lg convincing.

    tapi Sushi King mmg x dapat sijil halal.

    ReplyDelete
  2. Oh ye. Siyesly ?
    Sebab ni page khas utk halal haram kat mesia yg aku buka.
    So starbuck boleh diminum kalau ade tanda halal sahaja ?
    Thx for da info sahel ;)

    ReplyDelete
  3. Better refer JAKIM sbb dorg yang kuarkan sijil Halal tu. bukan page khas halal haram.hehe.

    ReplyDelete
  4. Hahaha.menganjing nmpak ?
    Baiklah sahel ;)

    ReplyDelete