Friday, May 6, 2011

Kasih ibu membawa ke syurga....

Assalamualaikum....


Sila ambil feel dengan click butang play pada music bar. ehe ;)




Ibu....


Emak...


Umi...


Mother..


Mama...








They are so special to each of us..
Thanks Allah for this gift.
They are priceless.
They always there for us.
In cry , in happy , in stress , in angry..





Love you so much mak.
Terima kasih banyak banyak.
Walau mak tak baca ni , tapi kami tetap menyayangimu...
Kerana mak yang terbaik dalam hidup ini.
Segala kesusahan mak sanggup hadapi untuk kami..





Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )


Hargailah mereka sementara mereka masih hidup di dunia ini...

Lirik lagu: 1234
Penyanyi: Aris Ariwatan

Satu
kasih nan abadi
Tiada tandingi dia yg satu

Dua
sayang berpanjangan
Membawa kesyurga
Kasihnya ibu

Tiga
lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat
mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu
kuingat dahulu menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah
menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa

sayang
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dlm sengsara ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara....




Dengan izin Allah , kami akan berusaha untuk menjadi anak yang baik.
 
Mungkin kami tidak layak menjadi yang soleh dan solehah

Tapi kami berharap doa kami membawa mak dan ayah ke syurga Allah...

Itulah saja yang kami mampu lakukan untuk membalas jasa mak dan ayah...


Ucapkan kasih sayang anda

Biarlah seminit dua

Ibu dan bapa tetap menghargai walau sedikit usaha anda

Kerana kasih sayang mereka suci dan ikhlas..

Bagi yang sudah tiada ibu atau bapa atau keduanya..

Al-Fatihah...semoga mereka di bawah rahmat Tuhan yang Esa...

Kawan-kawan , janganlah bila kita sudah berjaya nanti ,

bila kita sudah berkeluarga ,

kita abaikan tanggungjawab kita pada mereka.

Janganlah kita menghantar mereka ke pusat jagaan orang tua

Sedangkan mereka mengasuh dan mendidik kita sejak kita kecil

Ibu dan bapa mampu menjaga 10 orang anak

Namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga ibu dan bapa mereka...


Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day



Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment