Tuesday, May 3, 2011

Berjaga jagalah wahai manusia...

Assalamualaikum...


Qayyum : Umi , qayyum nak tanya sesuatu boleh ?


Umi : Ye sayang ,silakan.


Qayyum : Umi ,boleh ke kita sebarkan keaiban org ?


Umi terdiam seketika.berfikir panjang sebelum memulakan bicara..Takut takut ape yg diperkatakan nya akan membawa kepada salah faham.


Umi : Bergantung kepada situasi sayang. tetapi seeloknya aib seseorang hamba Allah itu lebih baik kita simpan dalam dalam dan biarlah hanya kita yang mengetahuinya. Jika kita nak memberi kesedaran kepada orang lain pun ada cara cara nya. 


Qayyum : Umi , kalau kita ceritakan tentang sesuatu keaiban yang memang betul betul terjadi kepada orang lain mcm mana ?


Umi : Rasulullah ada bersabda tentang perihal ini. Ianya dinamakan ghibah. Sahabat bertanya :


“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya 
Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

Qayyum : Ohh..kiranya walaupun perkara itu benar benar berlaku , tetapi Islam tidak mengalakkan kita melakukannya.


Umi : Iye ,betul tu. Rasulullah banyak menegah hambanya supaya jangan mengaibkan antara satu sama lain. Ya Allah , umi sendiri kadang -kadang alpa dan leka tentang perkara macam ni. Moga Allah memberi keampunan pada kita. 

Sabda Rasulullah lagi : “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

Qayyum : Subhanallah umi ! Begitu Rasulullah sendiri menegah umatnya untuk membuka keaiban saudaranya yang lain.

Umi : Benar sayang. Kita juga kan manusia biasa. Memang tak lari dari membuat kesilapan. Jadi untuk apalah kita memburuk burukkan manusia lain. Allah sahaja yang berhak mengadili hamba hambaNya. Sedangkan kita sendiri masih tidak tahu berapa banyak dosa kita dengan Allah dan dengan manusia yang lain. Betapa pentingnya kita menjaga maruah saudara yang lain seperti riwayat hadith ini :
“Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)



Qayyum : Betul lah ibu , kita kan bersaudara. Saudara seIslam. Tak perlu kita memburuk burukkan hamba Allah kerana kita sendiri belum tentu menjadi yang terbaik di hujung waktu kita. Mungkin orang yang melakukan banyak dosa , bertaubat dan akhirnya menjadi ahli syurga.

Umi : MasyaAllah. Bijak anak ibu. ! Memang tepat sekali. Moga kita sentiasa dilindungi Allah dari segala fitnah dan godaan syaitan yang sentiasa inginkan hamba Allah untuk turut ke neraka nanti. Hadith baginda Rasulullah yang ibu sentiasa pegang berbunyi :

 “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).


Qayyum : Moga moga kita sempat bertaubat , kan ibu ? Sebelum kita berjumpa Pencipta yang Maha Agung.


Umi : InsyaAllah sayang. Umi sentiasa doakan kesejahteraan keluarga dan zuriat keturunan umi.


Moga kita beroleh pengajaran dari dialog di atas. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment