Friday, May 20, 2011

Kalau la aku dulu.....

Assalamualaikum...




Semalam jalan jalan dekat satu blog ni , dan terbaca la penulis nya berkata

'kadang kadang kita selalu mengeluh dengan nasib dan takdir yang tuhan tentukan untuk kita,tapi bila mana kita dapat satu keistimewaan atau anugerah atau nikmat, 
berapa banyak kali kita bersyukur dan berterima kasih pada-Nya ?'


Jadi sebenarnya memang tepat apa yg diperkatakannya.
Kalau ada yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan ,memang baguslah.
Tapi ada jugak yang lagi banyak mengeluh.
Kita suka menggunakan perkataan.....


'Kalau semalam aku tegur dia....'


'Kalau la dulu aku ni.......'


'Hmmm..kalau aku tak ....'


Dan mcm macam la perkara yang berlegar kat otak kita.
Mula kita myesal dengan perbuatan yang dulu2.


'Menyesal dulu aku tak baca buku pizik Bab 3 Unit 8 , 
kalau tak mesti aku dapat A1'


'Menyesal ayah tak ngurat mak cik Piah kau tu dulu ,
kalau tak mesti dah jadi bini ayah sekarang'


'Kalau dulu aku masuk Akademi Fanatik, 
mesti aku dah fofular macam Misa Umar'


Punyalah banyak kalau dan perkataan menyesal kat otak dan minda kita ni.
Tapi sebenarnya 'kalau' dan 'menyesal' tu tak patut kita luahkan 
sekiranya kita hargai apa yang Allah bagi kat kita sekarang.


As the saying goes  :


 'We cannot go back and fix the past , but we can start today and make a better ending'


So...
Untuk ape kita menyesal dengan perkara2 lepas bila kita tak cuba memperbaikinya ?


'Those who cannot remember the past are recommend to repeat it'


Aku ingat ayat ni sebab dulu time bukak buku sejarah je mesti jumpa.HEHE.
Back to the topic, aku pun ade moment yang aku rase


'issh, kalau aku put sikit je lagi effort mesti aku boleh punye'

or 'kenapa lah aku buat benda2 ni dulu'.






Tapi kemudian aku sedar dengan hanya berfikiran macam tu takkan ubah ape2, 
tapi sebenarnya mind-setting yang baru dan kekuatan dalaman 
yang akan mampu mgubah hidup kita sampai bila bila.


Aku tgk cite The Biggest Loser (TBL) semalam and aku tgok 
peserta yang dari tahun 2006 datang kat umah TBL tu 
utk bagi support kat peserta2 junior.
And most of them mmg tak percaya la dengan berat 
badan yang diorg penah ada dulu dan
perubahan yg diorg ada sekarang.


And antara perkara yg paling penting utk maintain good weight 
is diorg bukan berazam utk kurus semata mata tapi utk sihat. 
Dan itu memerlukan kekuatan minda,kalau nak ikutkan badan,
mana nak tahan hari2 kena push up,work up,sume sume tu.


Diorang jugak kena tarik sebuah bus dengan menggunakan badan mereka.
kalau pikir logik,mmg tak boleh kott org nak tarik bus.
Tapi bila kita set 'boleh ,boleh ,boleh' last last kita akan berjaya jugak.






Okay fine ,this prove that strong determination sgt sgt crucial utk kita berjaya.
Orang lain boleh la mcam 'good luck exam !'
Takpun 'alaa,kau knfm la boleh buat,kau kan teror'
Or 'aku akan doakan kau eh ?'
Tapi kalau kita tak ubah diri kita sendiri, what do we expect ?
Org lain nak bersusah payah utk kita ?
Come on la,they have their own life to settle down with.
Wish and moral support jela kawan2 boleh bagi.
Takkan die nak follow up kita every minit ' dah stdy tak bab ni ?'
Sgtlah sukar utk menemukan rakan sebegitu.



Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu 
kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)



See, Allah pun dah berfirman perkara yang sama.
Rezeki Allah ni ada kat mana mana.
Asal kita usaha mesti kita boleh la.
Jgn dok nyesal ,sedih, lap lap air mata je, tapi taknak berusaha utk ubah nasib kita.



''Berusahalah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat usahamu." (QS.At Taubah : 105)

Siapa kata Allah tak sayangkan kita ?
Kalau Allah tak sayang ,Dia takkan beri kita ujian yang maha Hebat.
Sedangkan Rasulullah yang doanya memang makbul, yang mmg knfm2 ahli syurga 
pun Allah uji, inikan kita yang ibadat pun tak cukup sempurna ?
Dan Rasulullah pun tak minta Allah hilangkan ujian2 kepada baginda,
sebab Baginda yakin Allah sentiasa mendengar suara para hamba hambaNya
dan Allah sentiasa bersama hamba hambaNya.


Dan didiklah hati untuk berpuas hati dengan rezeki orang lain.
Selalu kita mempertikaikan kelebihan dan apa yang orang lain ada,
tapi mana kita tahu orang tu pun inginkan apa yang kita ada selama ini.
Sedangkan semua yang kita miliki hanya hak Allah semata mata.

Jadi..marilah kita sama sama bertekad...
Untuk mengubah minda menjadi Muslimin dan Muslimat hebat.
Orang orang hebat tak ambil pusing perkara perkara kecil.
Kerana mereka ada hal hal besar untuk diselesaikan.







Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) reported : " The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said, " A strong believer is better and dearer to Allah than a weak one, and both are good.Adhere to that which is beneficial for you. Keep asking Allah for help and do not refrain from it. ( If you're afflicted in any way), do not say , "If I had taken this or that step, it would have resulted into such and such" but only say," Allah so determined and did as He willed". The word 'if' opens the gates of satanic thoughts.
    Sahih Muslim.

    ReplyDelete
  2. Sahel : Oh yeke ? ok lepas ni jgn ckp 'if' atau 'kalau' dan seangkatan dgnnya ;)
    Thx for the hadith.

    ReplyDelete