Thursday, May 26, 2011

Khas untuk Hawa : Ya Allah kau ampunilah aku...



Sekadar peringatan, untuk diri ku dan rakan-rakan ku jua.. :)
Sakura : Aku nak tanya sikit boleh?
Sizuka : Tanya lah..

Sakura : Kau ni pakai tudung labuh…tapi kenapa kau xseperti orang tudung labuh?
Sizuka : Woi..pe maksud ko ha?

Sakura : Tengok..belum apa-apa lagi kau dah woi-woi kan aku..
Sizuka : Yela..mulut ko xmakan saman kot..

Sakura : Hmmm…biar aku bagitau kenapa aku cakap macam tu..Aku perasan kau selalu lambatkan waktu solat.
Sizuka : Alaa..aku banyak kerja la..

Sakura : Aku perasan kau mengaji Al-Quran waktu maghrib je..
Sizuka : Alaa..ok la tu dari takde langsung..

Sakura : Aku perasan kau selalu online FB sampai 2 3 pagi then bangun subuh lambat..pukul 6.30 baru bangun..waktu tu juga lah kau nak pergi mandi bagai..
Sizuka : Alaa..FB tu aku guna untuk berdakwah jugak..

Sakura : Aku perasan kau jarang baca mathurat..
Sizuka : Alaa..xsempat la..aku sibuk..

Sakura : Aku perasan kau sibuk baca novel..jarang baca sirah Rasulullah SAW..
Sizuka : Alaa..nanti aku baca la buku sirah tu lepas habis baca novel..

Sakura : Aku perasan kau xsiap macam-macam kerja yang pensyarah bagi disebabkan hanya sibuk dengan dakwah FB ko..
Sizuka : Alaa..bukan penting sangat pun assignment tu..dakwah lagi penting..

Sakura : Aku perasan kau amat tak suka dengan ‘couple’ – ‘couple’ ni sebab kau kata ‘couple’ tu haram tapi aku tengok kau pun ‘couple’ je walaupun kau kata kau tunang je…cara dah macam ‘couple’…
Sizuka : Alaa..aku tunang la..

Sakura : Sizuka..sizuka..aku nak tanya ni..setiap benda yang aku cakap, ada je benda yang kau nak jawab balik kan? Sekarang aku nak tanya..kalau di akhirat nanti Allah hisab & tanya semua benda yang aku tanya ni, kau nak jawab apa pulak?
Sizuka : Eh..err…huuuhuu [Sizuka diam membisu..menundukkan pandangannya..]

Sakura : Sizuka..aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur kau..amanah memakai tudung labuh ni amat besar kerana kita membawa imej Islam. Sebab tu tak ramai yang sanggup pakai tudung labuh ni kerana bagi diorang tak layak lagi la..tak cukup kuat la..macam-macam la..dan kau…Allah dah pilih kau untuk pakai tudung labuh ni..kita manusia biasa memang akan ada buat salah & silap..dan aku tak nak la kau berhenti pakai tudung labuh disebabkan kesilapan-kesilapan kau. Aku cuma harap kau kuatkan diri untuk bermujahadah melawan nafsu & sebagainya agar kau memang betul-betul layak untuk bertudung labuh. Jadikan tudung labuh itu sebagai pengingat diri kau bahawa kau dalam pantuan Allah SWT yang amat mengasihi hambaNya..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sebab tu aku nak tegur..Kau terlalu cepat melenting..woi-woi itu benda biasa bagi kau. Sizuka, kita ini muslimah..bukan betina..bukan sebarangan perempuan..kita hawa yang disayangi Allah untuk menjadi seorang muslimah. Sopan-santun & kelembutan itu senjata kita. Islam itu amat indah..jadi segala yang datang dari Islam juga indah..akhlak kita biarlah dapat dididik agar dapat terpamer keindahan ajaran Islam tu..banyakkan bersabar..banyakkan beristighfar…
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi ni..tentang solat..kau sering lewatkan waktu solat dengan alasan banyak kerja..Sizuka..seruan mendirikan solat itu bukan dari manusia sayang..bukan jua dari Nabi atau malaikat..tapi dari Allah..Allah..siapalah kita ni?? Hanya hambaNya kan? Kenapa kita sombong sangat? Allah yang ciptakan kita…Dia beri kita segala-segalanya tapi bila Dia menyeru untuk bersama dengan kita dalam solat, kenapa kita lewatkan? Siapa kita untuk memperlekehkan seruan Allah tu..tinggalkan dahulu kerja itu kerana takut hilang keberkatan kita menyiapkan kerja tu..tu pun belum tentu kerja tu siap walaupun kita solat lambat kan??
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi-lagi ni..sizuka, bagi kau lebih baik mengaji Al-Quran waktu maghrib daripada takde langsung kan? Betul lah tu..tapi itu sesuai untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan rutin mengaji Al-Quran..untuk orang macam kau yang sebelum ini selalu mengaji selepas solat tak sepatutnya macam itu..Al-Quran itu ayat cinta dari Allah..kau nak tunjukkan pada Allah yang kau tak suka dengan ayat cinta Dia ke?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..ni aku nak cakap pasal FB pulak..memang bagus kau guna untuk berdakwah FB tu tapi pada masa yang sama, kau abaikan urusan kau dengan Allah sampai bangun subuh lambat..kau kena tahu bezakan mana yang lebih penting sizuka..jangan asyik sibuk nak dakwah orang sampai terabai diri sendiri ibarat lilin yang bakar diri untuk orang lain bila dia tak amalkan apa yang didakwahkan itu..senang cakap kita kena dakwah diri kita dulu sebelum dakwah orang lain..supaya orang lain pun mudah terima dakwah kita..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sekarang pasal mathurat pulak. Apa yang kau sibukkan sampai nak berzikir pada Allah pun tak sempat? Siapa yang beri nyawa kau tu? Siapa yang beri nafas kau tu? Siapa yang beri hati kau tu? Siapa yang beri jasad..mulut..akal..kau tu? Bukan Allah ke?? Allah kan? Kenapa tak nak berzikir pada Allah dengan guna alasan sibuk? Jangan sampai kau terkena penyakit yang Rasulullah SAW pernah sebut dalam hadis baginda iaitu umat manusia akhir zaman akan ada penyakit iaitu terlalu cintakan dunia..kalau zikir pada Allah pun rasa berat, mesti selawat pada Rasulullah SAW lagi berat kan? Tapi nak syafaat dari Rasulullah SAW..rasa-rasa layak tak dapat syafaat baginda kalau macam tu? Zikir dan selawat bukan benda berat sayang..amat ringan di mulut kita..tapi berat di timbangan al-mizan bila kita dihisab nanti..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sizuka..tentang novel ni..bila sebut pasal solat, mathurat, kau kata sibuk sampai takde masa sedangkan masa tu Allah dah bagi cukup kat kau 24 jam sama macam orang lain..tapi bila baca novel, sempat je aku tengok kau habiskan macam-macam novel..buku sirah langsung tak usik..dah berhabuk aku tengok..sizuka, tak salah baca novel..ada juga ilmu dalam novel tu tapi sirah tu harus diutamakan sebab itu sirah Rasulullah SAW dan kisah Islam dahulu..perjuangan umat Islam dahulu..perjuangan Rasulullah SAW dahulu..kalau Rasulullah SAW tak benar-benar memperjuangkan Islam dahulu, aku rasa tak mustahil sekarang ni kau yahudi atau aku nasrani..perjuangan & pengorbanan Rasulullah SAW dulu amat hebat..seorang Rasul Allah dibaling najis, luka berdarah, dikhabarkan telah wafat kerana semata-mata ingin menegakkan Islam..tapi kita..apa yang kita buat? Sibuk baca novel..amat minat dengan cerita korea..sampai semua cerita korea ada dalam koleksi..tapi cuba tanya ceritakan tentang satu perang yang melibatkan Rasulullah SAW..tak banyak..minta satu je..belum tentu dapat jawab kan? Tapi cerita korea boleh tengok ulang-ulang kali..sampai dah boleh ingat skrip..dah hafal nama-nama pelakon..bila ditanya tentang keluarga Rasulullah SAW terkial-kial nak jawab..kalau tanya tentang sahabat Rasulullah SAW lagi lah..terus membisu je..tapi bila sampai Maulidur Rasul sibuk cakap aku sayang Rasulullah SAW..cintakan Rasulullah SAW..kan?? betul ke cinta macam tu? Sebab tu kita kena baca sirah Rasulullah SAW..kita kena tau semua tu sizuka..semua ni untuk peringatan aku juga..kerana aku lebih hina dari kau..
Sizuka : Aku…err…huu [Mula bergenang air mata Sizuka…]

Sakura : Aku sayang kau..sizuka, kalau kita nak berdakwah sekalipun, assignment jangan tinggal kerana assignment itu penting..Islam tidak mengajar kita terlalu melebihkan dunia sehingga mengabaikan akhirat kerana sekarang kita duduk di dunia..Islam bukan semata-mata di masjid, surau, tapi Islam itu syumul (menyeluruh) sebab tu pada zaman dahulu, ramai pakar ilmuwan Islam..dan ilmu itu berkembang sehingga Eropah namun eropah dah salah guna hingga mengatakan mereka yang menjumpai ilmu itu terlebih dahulu. Orang eropah pun sibuk mengajar kita macam-macam hukum..contohnya Newton’s Law..ada pula yang dapat idea lepas jatuh epal atas kepala kan..padahal semua itu datang dari Allah..diorang menafikan kekuasaan Allah dengan memperkenalkan pelbagai hukum. Sebab itu lah kita kena betulkan keadaan sekarang kembali pada fitrahnya..kita belajar ilmu Allah tapi jangan nafikan kekuasaan Allah..bila kita tak buat tugasan yang diberi, kita akan mendatangkan fitnah pada Islam. Siapa nak dengar dakwah kita sedangkan kita sendiri tak betul..kan?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..haa..ni yang paling parah..couple..Alhamdulillah kau sedar couple itu haram kerana mendekati zina..& Islam ada menyediakan ruang untuk bertunang walaupun nyata pernikahan itu yang terbaik. Kau kata kau tunang tapi setiap malam bertelefon, setiap minggu jumpa, setiap bulan jalan-jalan. Itu dah macam couple sayang..nama takkan menghalalkan perbuatan. Tunang yang sebenar ialah yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah bukan yang menjauhkan kita dari Allah..tunang yang sebenar akan menyebabkan kita merasa sakit yang amat manis..kerana kita menjaga diri kita kerana Allah sebelum tiba masanya kita menyerahkan seluruhnya kepada suami kita. Kita kaum hawa kena jaga diri supaya tunang kita dapat menahan diri. Kita jangan jadi perosak diri dia..jangan jadi penggoncang iman dia..nauzubillah~
Sizuka : Aku..err…huu

Sakura : Aku sayang kau..amat sayang.. (Sakura memegang erat tangan sizuka..ditatap dalam ke mata sizuka yang bergenang air matanya) Aku amat sayangkan kau..sebab itu aku ingatkan kau..aku tahu kau dah sedar yang kau dah buat salah..& pintu taubat Allah masih terbuka untuk kita sayang.. aku pun banyak salah..kita mestilah saling ingat-mengingatkan kerana kita berukhwah..aku sayang kau kerana Allah..ubah lah segala yang mampu kau ubah walaupun sedikit..sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak kan..jadi seorang yang lebih baik & jangan pernah rasa diri kita yang terbaik dalam semua hal walaupun kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sizuka : Aku hina…(dirangkulnya bahu Sakura erat-erat..tangisan sizuka teresak-esak mengenang dirinya yang hina…)

Sekadar cerita. selagi kita mampu mengubah sesuatu menjadi lebih baik, ubahlah kerana Allah itu tetap yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…

p/s : Ini adalah copy paste. Sumber asal tidak dapat dijejaki.
Entry ini untuk semua. 
Bukan untuk yang bertudung labuh sahaja.
Tapi untuk semua wanita Muslim. 
Moga Allah membantu kita.

Ya Allah , kau bantulah kami.
Kuatkanlah hati kami.
Janganlah kau bebani kami dengan beban yang kami tidak mampu pikul.
Kau Ampunilah kami Ya Allah.
Sesungguhnya kami hambamu yang selalu melakukan dosa.
Sungguh CintaMu terhadap kami terlalu hebat sehingga kami tidak mampu membalasnya. 
Bantulah kami menjadi wanita syurga.
Berikanlah kami pengakhiran yang baik.
Amin Ya Rabbal Alamin. ;)

Tuesday, May 24, 2011

Aku makan benda halal ke haram ni ??

Assalamualaikum..


Sejak akhir akhir ni dok kecoh la kes halal ke haram ke pasal  
restoran makanan yg femes ames yang boleh dikatakan 
majoriti Malaysian or Melayu la yang selalu makan.
Antaranya resipi rahsia dan IKEA bola daging.


Okay , for sure aku sendiri tak penah pegi makan bola daging tu, 
jadi taktau la hape rase ke rupe ke.*sgt jakun.
Tapi mostly ramai jgk org Melayu yg dgr kata mmg makan kat situ.
Eh,sodap mmg sodap. Tapi sodap yang boleh ke tak boleh makan ?




Ini annoucement mgatakan IKEA meatball ditutup sementara.

Dah kecoh kecoh , tak lama pastu ada rakyat Malaysia 
yang prihatin terus call Jakim untuk mendapatkan pgesahan 
pasal bola daging or daging bola ni.
And jawapannya JAKIM ckp meatball tu HALAL. 
Nak tahu lanjut  : Meatball Halal

'' En.Roslan juga berkata, Ikea Meatball memang tidak memaparkan logo/sijil halal, tetapi sekiranya pelanggan ingin melihat sijil halal tersebut mereka akan bersedia untuk menunjukkan kepada pelanggan, dan ada orang tertentu yang akan membantu pelanggan untuk menunjukkan sijil tersebut ''

Okaylah dah halal.Cuma yang pelik bin ajaib tu apsal tanak 
letak je logo HALAL tu kat kedai ?
Kan lagi senang..takda la org syubahah ke hape.
Mcm contoh orang dah kawin,pastu g dating,
orang tanya dah kawin ke belum
'Dah tapi kad nikah tertinggal kat umah'
Ish ish ish.Pelik pelik.
*Apsal aku emo ntah.HAHA.

Okay , pastu pasal kek rahsia.Eh salah.resipi rahsia. 
Haih banyak sgt die punya rahsia ni.
Kejap dulu dah penah kecoh dah haram , 
pastu halal balik, pastu entah la macam2.
Tapi sebab dah agaknya ramai sangat yang tak puas hati, 
so mereka pun call dan buat aduan ( malaysian yg prihatin ).
Eksekutif Halal bahagian resipi rahsia ni pun mgesahkan 
kek ,donut ,dorayaki, pau (eh mana ade pau ) dan semua2 nya HALAL. 
Fuuuhh, easy breathing balik.
*Peminat resipi rahsia in da house <3

Kalau korang tak percaya boleh usha 
facebook page secret recipe sendiri : 
Dan ini pula adalah lesen JAKIM sendiri 
yang mgesahkan keHALALan Secret Recipe : 

Well , kita pun kena la siasat satu satu info lain kali. 
Jangan main terjah (tv3) je.
Kang tak pasal pasal kita dah sebarkan fitnah.
Uih, berdosa besaq tuh.
Pastu sekarang ni semuanya di hujung jari, 
jadi bila dah hujung jari...
Tangan ni rajin je nak hapdet info2 baru yang 
fresh freshie ni tapi kena make sure dah memang 
SAH la dulu baru boleh hapdet kan ? 

One more thing, memangla tugas JAKIM nak 
sahkan halal ke tak makanan kat restoren Mesia ni.
Tapi kita sebagai pengguna pun kena la alert.
Jangan main nak tibai je. *fine terasa
Bila nampak mcm syubahah tu kena la tgok detail sket.
Selalunya benda yang tak halal ni memang sedap.
Lagi lagi yang bubuh arak , pork ape tu. 
* okay tak penah makan tp based on org cakap
Islam tak bagi makan mesti sebab ade keburukan die kan. ;D

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 
'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. (HR. Bukhori)

See ?? Kita memang kena dan patut berhati hati tentang hal hal mcm ni.
Pastu belum lagi tgok alat perkakas, mangkuk , periuk belanga , 
pisau semua semua yang diorang guna.
Kalau macam contoh la : Kedai tu jual Bab 1 kan ,
even kita makan mihun goreng yang ade sayur je 
pun kat kedai tu,tetap syubahah tau.
Yela alatan yang die pakai tu kita taktau die campur pakai sekali ke.

Dan untuk additional info , STARBUCK dan SUSHI KING 
disahkan HARAM oleh JAKIM.
Brape byk capital letter daaa. Sushi king dikatakan 
menggunakan kandungan alkohol yang berlebihan dan memang jatuh haram la. 
Kalau teringin sangat nak makan sushi, pekata buat Homemade. 
Alang alang bagi aku rasa skali ye. HAHA.
Untuk STARBUCK ni pulak haram sebab ada kandungan ala ala 
gelatin or pork la dalam coffee dia.

Okay kalau korang ade ape2 yang tak puas hati ke ngan artikel ni, silakan komen sebab aku pun nak tau jugak kalau ade info lain yang lebih sahih dan berasas untuk dikongsikan.


Firman Allah SWT:
“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

By the way , KFC kegemaran rakyat mesia tetap Halal. ;)




 "mencari barang halal itu fardlu (wajib) atas setiap Muslim" 


Jadi bila dah tahu, kena amalkan lah.
Takkan nak makan  sampai dah kenyang ...
dah Burrppppp 6 harkat..
Baru nak 'eh eh ,tak leh makan ke ? Tak tau pun'
Durrhh.memang payah la kalau mcm ni kan.
*okay memang terasa sikit*


Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)




Well , sebenarnya pilihan di tangan ke kita.
You choose your own path.
And Allah will give The Best as long as korang  berniat baik.



Sekian laporan dari Bernama.
Carilah yang Halal sebab nanti anak cucu cicit ciut 
yang kita akan mewarisi darah daging kita.


p/s : Sori takde byk gmbr sebab tenet 'laju' sangat.








Assalam....

Sunday, May 22, 2011

Aksi yang tidak ingin kita lihat...

Assalamualaikum...

Sejak akhir akhir ni aku asyik hapdet pasal munakahat je.
Sampai ade kawan aku tegur. HEHE.
So aku nak tukar topik kali ni.
Just nak share beberapa photos yang aku rasa agak aneh dan ganjil
yang dilakukan oleh manusia kat muka bumi ni.
Maybe ade yg pernah tgok.So tgok la lagi ye. ;D

So lets check it out :










Mana ni ?







Jap jap. Tgah download...










Haaaa.Tu diaaaaaa....









Mempersembahkan  ( bajet je lebih )







Adik ni memang mengamalkan kata kata Usop Wilcha 'itulah pentingnya English Education'
Hahaha. Tiga bahasa dalam satu karangan. Hebat !


Awak , awak tak nmpak lagi ke handbag saya tu ?
Tolonglah ragut. Takkan lah mcm tu pun awak tak leh nak ambik lagi ?


Maaflah pemandu di belakang. Saya cuma nak tunjukkan apa yang saya beli di pasar tadi.
Harap awak faham. 


Ehheeem. Syarikat kami memang sangat mgutamakan pengguna.
Lihatlah kami membawa kotak kecil khas untuk anda mggunakan lori sebesar besar alam.


GO ! GO ! Eh maaf, OG OG. 


Kan saya dah pesan lain kali bot tu dulu bawa ke depan.
Habis kereta saya masuk air.


Well , kalau anda nak tahu, inilah edisi Macbook Apple yang terbaru.
Original disaluti Apple sebenar. Kenapa, tak percaya ??


Jangan pandang rendah okay terhadap saiz saya. 


Yeaaay, akhirnya tuan kita bawak jugak kita naik keta die ni.
Dah lama aku mgidam.


Amaran : Jangan lakukan aksi ini jika anda tidak berani.


Nak , oh nak..kau bawa motor ni brape kilometer sejam ?
Macam tak bergerak je mak rasa.
Anak : Sabo la mak...dah nk smpai ni.


Inilah helmet terbaru ciptaan Hunda. Anda pasti terpikat.
p/s : Pak cik baik baik pak cik.


Dan inilah dia pemenang anugerah inovasi dan kreatif tahun 2011.
Hanya dengan sebuah kereta , anda boleh mengangkut pelbagai barang. ;D

Okay , itu saja la yang aku nak share.
Aneh tapi benar kan.
Dialog hanya rekaan semata mata.
Tiada niat untuk mghina secara sgaja atau tidak. ;)

Assalam.

Saturday, May 21, 2011

Apakah itu Baitul Muslim ?


Assalamualaikum.

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'? Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar? Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak dulu lagi 
Masa itu,. masih tak faham lagi apakah itu konsep Baitul Muslim.. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni. Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.
Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.
Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.
Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.
Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.
Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.
" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"
Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.
Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.
Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.
Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.
Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.
Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?
Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.
Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.
Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.
Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.
Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.
Maka, apa lagi yang kalian tunggu?
Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi...

Diedit dari Ikhwan.
Well , penulis terjumpa satu laman web yang mengajak kepada konsep baitul muslim tadi iaitu baitulmuslim.com. Memang banyak info info menarik dan ilmu yang dikongsi di sana. *Sekadar membaca info ;)
Moga beroleh manfaat daripadanya. Bagi yang belum cukup umur (termasuk penulis) setiap hari merupakan hari perubahan kepada kita. Semoga perubahan ini membawa kepada pembentukan diri yang tepat berlandaskan syariah.
Ada satu kata-kata best yang nak dikongsi :
 Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI....


Semoga Allah membantu kita.