Wednesday, February 1, 2012

Life as a Medical Student :)

Assalam...

Woww ! Macam tak caya yang aku menulis balik.
Sebenarnya aku tetiba rindu kat blog ni , bila aku tgok ada ramai jgk org yang view view page ni ,
so aku macam semangat nak menulis balik.

Baiklah just untuk pengetahuan korang, aku skrg tgah buat degree dlm perubatan.
Tapi baru first year la , seriously ape yang aku boleh ckp tentang medik ni ialah
'' Work hard pay everything ''

Kalau korang nak tahu , dalam satu batch aku ada 138 orang gitu
And bayangkan kitorg pny plajaran sgt cepat , smpi kadang2 rasa mcm semput nak kejar
Tapi bila  tgok balik betapa nikmatnya anugerah yang Allah bagi pada kita yang sihat ni,
so dah jadi tanggungjwb kita untuk bantu orang lain.

Selalu bila ckp pasal budak Medik , mesti ade orang yg akan ckp 'Woaaah ,budak medik tu'
Tapi bagi aku kalau korang dah duduk dlm ni , korang akan faham kenapa orang ckp macam tu.
Sebenarnya, sbb once kau dah choose nak buat medik , susah dah kau nak patah balik
Kau kena go on ,walau susah mcm mana sekali pun.
Itulah ape yang doc kitorg selalu pesan.



Waktu awal awal masuk dulu, ramai jgk la yang cm decide nak tkr kos la
And ade yang rasa mak ayah diorg yang push diorg la utk buat medic
Diorang taktahu kos ape yang terbaik utk diorg
Diorang pikul tanggungjwb keluarga, so kena blaja btul2
And macam macam lagi.
Tapi bagi aku external factor mcm ni mmg penting pun untuk buatkan kita stay
Imagine kalau time skolah mak ayah tak push kita utk blajar btul2 ,
agaknya ape jadi pada kita hari ni ?

Even ada doktor tu die ckp dulu mak dia lah yang beriye2 nak die buat medic
Padahal die minat benda lain, tapi sbb die ajar diri dia utk terima Medik,
Now dia dah jadi specialist dah pun.

Okay, korang nmpak tak ape yang aku nak smpaikan sbnarnye ?

Benda ni adalah analogi utk banyak benda lain lagi.

Contoh :
Seorang perempuan ni tanak pakai tudung, alasan : Panas , tak style , tak up-to-date, dan etc.
Tapi disebabkan die minat kat sorang mamat yang alim ni, dia sanggup berubah.
Ikhlas tak agaknya die bertudung ?
Mestilah mula2 tak kan , sebab dia pakai untuk bagi laki tu terpikat kat dia.




Tapi ...
Lama lama kerana kebiasaan dia memakai tudung tu , hati dia akan jadi tak sedap kalau satu hari dia kena bukak tudung. Yela mcm habit dah. Maka dari situlah mula munculnya KEIKHLASAN.
Kenapa aku ckp ikhlas ?

Sebab time tu perempuan ni dah tak kesah dah mamat tu nak suka dia ke tak,
Sebab dia sedar pakai tudung tu adalah kerana tuntutan agama , kerana itu apa yang fitrah dia nak.

Jadi apa yang aku nk konklusikan ialah :
* Takpe kalau mula2 rasat terpaksa buat benda2 baik ni , mmg susah, tapi lama2 senang.
* Banyak dah orang yang berubah kerana hidayah Allah , tapi hidayah tu kita kena cari , baru Allah campakkan hidayah-Nya kepada sesiapa yg Dia suka.
* Bila nak buat sesuatu perubahan tu , jgn compare dgn org yang lagi lemah dari kita, tapi compare lah dgn orang2 yang hebat dan mantap. Insya-allah , aura tu mesti dpt sikit2.
* Last but not least , susah mcm mana pun kita nak blaja ke , nak kerja ke, nak ape skali pun, ingatlah Yang Maha Mengetahui itu ada , Dia tahu usaha kita , Dia tahu batasan kita , Dia akan bagi yang terbaik untuk kita.

So lepas ni mungkin aku boleh paksa diri baca buku hari2, kot kot jadi habit ke :D
Heehe.

2 comments:

  1. gudluck dr bdk kecik...Allah takkan bgi tugasan yg kt x mampu pegang...hahaha...

    ReplyDelete