Cinta...
Cinta adalah rahmat dari-Nya..
Kerana dengan cintalah...
Seorang Ibu merelakan jiwanya demi untuk kelahiran buah hatinya...
Kerana dengan cintalah...
Seorang ayah, merelakan dirinya berusaha sekuat tenaga demi mencari
nafkah untuk anggota keluarganya.
Kerana dengan cintalah...
Salahuddin Al Ayyubi tidak dapat ketawa sebelum masjid Al - Aqsa dapat dibebaskan
untuk menebus cintanya kepada Rabbul Izzati...
Kerana dengan cintalah...
Para mujahid dan mujahidah rela mengorbankan harta, jiwa dan raganya untuk
mendapat cinta dari Yang Maha Mempunyai Cinta...
Allah...
Ya...
Dia-lah Allah sang Ar Rahman...
Dengan cinta-Nya bumi, langit dan planet melaju dalam alur yang harmonis...
Dengan cinta-Nya angin masih menyapa tetumbuhan dan rerumputan..
Dengan cinta-Nya cahya mentari masih menerpa hangat tubuh kita..
Kerana Allah-lah muara cinta yang Hakiki...
Kerana jika tiada cinta yang SATU itu, maka tiadalah cinta yang seterusnya
Bercinta lah dengan TuhanMu...
Sedang Dia menerimamu ketika kau melupakan-Nya
Apatah lagi di masa kau mengingati-Nya...
Tanpa-Nya, tidak mungkin bumi masih berputar,
mata masih lagi boleh melihat ,udara masih lagi boleh dihirup...
Subhanallah , jika kau tahu nikmat cinta-Nya ,
pasti kau tidak akan menoleh ke belakang lagi.....
-IIUM Kuantan-
No comments:
Post a Comment