Tuesday, July 5, 2011

Hidup ini seperti secawan kopi !

Assalamualaikum....

Haloo dudes !

Long time no story.

Harini aku nak crite one of inspiring short story
yang femes ames kat dunia ni.
I dont know if u ever heard about this story before ,
tapi original story die dlm english version.
Jadi today aku nak terjemah dlm bhs kita kita
Kot la ade yang nak feel lebih kan. HAHA.
Alright....

Satu hari , ade satu grup alumni ni yang pakat nak
melawat depa punya profesor time kat universiti dulu.
Dorang diorang ni semua kira highly established la dalam
karier memasing. Ade yg jadi lawyer,gabenor, dato datin bagai.
You name it la all those career kan.
So alang alang dah orang orang hebat ni berjumpa,
depa pun dok komplen tak habis2 pasal hidup diorang
yg busy dan stress sangat sangat.
Maklum le kerja banyak kan. Ceh ceh.




Jadi bila dengar rungutan mereka mereka ni,
professor tu pun offer la ayak kopi bagi hilang stress tu.
Die pegi la dapur , and die bawak satu jug air kopi yg besar
bersama pelbagai jenis cawan. Ade cawan pocelain,
ade yg diperbuat dari kaca, plastik dan ade yang
mahal dan murah dan sederhana.

So mereka pun berebut la nak ambik cawan yg gred baguih ,
yang mahal mahal sume diorang ambik. Jadi yang murah ,
yg biasa biasa takdak sape ambik.
Maka berkata la prof itu ,
" lihat , kamu semua berebut rebut nak ambil cawan yang mahal ,
yang berkualiti , dan apabila ini sudah menjadi kebiasaan bagi kamu,
untuk sentiasa mencari yang terbaik , itulah sebenarnya punca masalah
dan stress yang kamu luahkan tadi ''

'' Sebenarnya , kalau kamu sedar , kualiti cawan itu tidak sedikitpun
mempengaruhi air kopi yang kamu minum . Tapi kebanyakan kes,
cawan itu hanyalah mahal dan kadang kadang menyembunyikan
apa yang kita minum ''

'' Yang kamu inginkan sebenarnya ialah kopi , bukannya cawan ,
tetapi secara tidak sedar kamu berebut kan cawan itu  , dan secara
tidak langsung kamu mengintai cawan rakan kamu yang lain ,
siapa yang memiliki cawan yang lebih baik ''

Sekarang cuba bayangkan begini :
Kopi itu adalah kehidupan kamu.
Manakala harta , pangkat , jawatan dan
kedudukan adalah cawan , hanya peralatan
yang mengangkat kehidupan kamu.
Dan cawan itu sedikitpun tidak mempengaruhi
kualiti kamu menikmati kopi kamu.

Kadang kadang kerana terlalu fokus dengan cawan ,
kita telah gagal menikmati secawan kopi.

'' Nikmatilah sehirup kopi , bukan sebuah cawan ! ''

Well , itulah dia cerita tentang kehidupan kita dan secawan kopi.
Face the fact, we are not going to live forever.
Jadi nikmatilah nikmat kehidupan yang ada,
Jangan sampai anda kehilangan kedua duanya sekali ;)

Janganlah kerana terlalu sibuk mencari yang TEEEEERRRRBAIKKK
kita telah hilang arah dan dan fokus tentang perkara yang lebih penting.




The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. 
Live simply. Love generously. 
Care deeply. Speak kindly.


Assalam....

No comments:

Post a Comment