Tajuk entry nak gempak lah kan
Padahal tajuk tu takde kaitan sangat
dengan ape yang aku nak cerite.
*SILA FOKUS* eceeeh ~
Pada satu hari yang aman damai ,
angin sepoi sepoi bahasa ade sorg lelaki tua
yang membanting tulang 4 keratnya di sebuah
sawah padi yang sangat luasss....
Matahari yang panas terik membakar kulit tuanya ,
namun kerana ingin mencari sesuap nasi die sanggup
bekerja dan berkorban untuk isteri dan 11 orang anak.
Tiba tiba......
Droooooommmmmmm...
Sebuah kereta mewah pacuan empat roda yang lebih
dikenali sebagai Mercedes 700 series (okay aku taktau sgt pasal series2 ni )
Melintas dan memacu di jalan raya melintas lelaki tua itu...
Lalu terdetik dan terfikir lah sejenak lelaki tua atau
pesawah itu tentang nasib dan hidupnya......
Pesawah : Amboi , beruntung sgguh lelaki itu ....Sudahlah kaya, isteri pula cantik jelita.
Bukan macam aku , miskin hina , hari2 perlu bersawah , isteri pula sudah tidak lagi berhias.
Katanya sibuk mguruskan anak anak ,dan perlu memasak , membasuh...
Apalah malang nasibku...
Lelaki kaya : Waaaaahhh , beruntungnya pesawah itu.... Sudahlah hari2 dapat melihat kehijauan alam semesta ciptaan tuhan , tak macam aku kena kerja pejabat hari2 , lepas tu boleh tangkap ikan dalam sawah padi tu. Ikan masak lemak , sedapnyee... Hurmm , nak harapkan isteri aku ni , jangan harapla die nak masuk dapur memasak , katanya takut kuku patah , muka berminyak. Macam macam alasan. Hari hari kena makan di luar.
Pesawah : Lelaki dalam kereta itu mmg betul2 beruntung , anaknya seorang sahaja. Mesti cukup makan , cukup kelengkapan sekolah ,.boleh pergi kelas tambahan dan ditatang bagai minyak penuh. Anak anak ku pula terlalu ramai , makan pun berebut rebut. Kadang kadang sampai aku tak makan untuk pastikan makanan mereka cukup . Begitu sempit kehidupanku ini.
Lelaki kaya : Masha Allah , lelaki pesawah itu sungguh bahagia dengan anak anak yang ramai. Rezekinya sungguh murah. Aku inginkan anak yang ramai , tetapi setelah melalui pelbagai rawatan mahal masih gagal.
Kalau anak ramai nanti ramai la yang doakan aku ketika aku mati. Sungguh , lelaki itu hidupnya sederhana tetapi cukup.
.......................................................................................................................
Itulah antara kata kata hati pesawah dan lelaki kaya itu...
Lihatlah betapa mereka sebenarnya melihat sisi
kehidupan dari sudut yang berbeza.
Sedang mereka tidak sedar betapa masing masing
sedang mengharapkan kehidupan mereka dapat ditukar.
Sungguh mudah pgajaran dari cerita ini , BERSYUKURLAH dan BERSABARLAH.
Kerana janji Allah itu pasti.
Bila kamu bersyukur , pasti rezeki Mu berlipat ganda.
Firman Allah SWT :
La in Syakartum la-aziidannakum
(jika kalian bersyukur , niscaya Aku akan menambah rezekimu)
Dan jika kau bersabar ,
“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung”. (QS Az-Zumar : 10).
Sesungguhnya syukur dan sabar itu penting dlm kehidupan
kerana ia melengkapi antara satu sama lain.
Bila diberi nikmat , bersyukurlah
Dan bila diberi ujian bersabarlah...
InsyaAllah kau boleh memilih mana mana pintu syurga
yang kau ingin....
InsyaAllah kau boleh memilih mana mana pintu syurga
yang kau ingin....
Akak..cerita ni mmg menusuk jiwa. kena sentiasa bersyukur dengan apa yg ada.
ReplyDelete