Friday, July 15, 2011

Best ke Kawin Awal ni ??

Assalamualaikum…
Hello brothers and sisters, harini aku nak ckp tentang Kawin Muda.
Okay , aku pun tak pernah kawin , so mari aku kongsi
sikit dengan anda semua based on some research 
yang aku buat tentang pgalaman remaja yg kawin awal.
And mostly ape yang aku boleh simpulkan
berdasarkan pendapat aku sendiri.
Sebenarnya ada banyak pros and cons
kalau anda di luar sana decide nak kawin awal.
Maklum jela , dengan peningkatan harga minyak skrg ni ,
secara tak lgsung memberi kesan pada ekonomi global.
Merepek ape ntah pulak aku ni.

Okay , tanpa membuang masa mari saya senaraikan list pros
kalau anda bercadang untuk Kawin awal. Jom !
  1. Elak Maksiat
Okay yang ni , toksah dok terang pun takpalah kott.
Semua orang pun dah tau kan kenapa reason ni laa
alasan paling kukuh sekali kalau remaja kita nak kawin awal.
Memang bagus pun reason ni , tapi jangan sampai alasan ni
hanya semata mata nak tutup aktiviti jahat korang je dahla kan.
Nauzubillah.

  1. Lebih Enjoy
Kenapa pulak lebih enjoy ?
Sebab bila korang kawin awal kan , jiwa pun remaja lagi.
Jadi setakat nak pergi tgok wayang , balik rumah pukul
2 3 pagi dengan pasangan yang halal , aku rase mmg takde masalah la.
Kalau tibe2 ade pegawai maksiat datang pun ,
korang dgan muka tak bersalah boleh tunjuk
kad nikah korang kan. Jangan pulak tibe tibe
korang tertinggal kad nikah kat rumah.
Ish ish , tu cari nahas namenye. Hehe.
Secara tak langsung , korang telah membuktikan
bestnye kawin awal ni pada budak2 yang rase kawin
awal ni tak rock la. Tak sporting la, tak masyuk la.
Macam rock sgt la bwk awek jalan2 tasik
kol 3 pagi tu. * emo terlebih

  1. Boleh Mula Kumpul Harta
Okay , mesti orang tertanye kan , macam mana
pulak boleh nk kumpul harta, even nak sara kehidupan
lepas Kawin pun tak terjamin lagi ?
Sebenarnya , mostly remaja yang kawin awal ni
dah ade planning ape diorang nak buat untuk upcoming
years. Compared dengan remaja lain,
selalu lpas grad, diorang baru nak kumpul duit ,
Nak beli kereta la, nak buat duit kawin la.
Tapi remaja yang kawin awal ni ,after grad , steady je plan
nak beli rumah la , nak beli mesin basuh la , aircond la,
Sebab diorang dah kawin kan. So duit pun ade dua sumber,
So sgtlah menyenangkan kott. Tapi, depends jugak pada
sesuatu psgn tu sendiri benda benda mcm ni.
Kalau boleh manage dengan baik , there will be no problem.


  1. Mendidik Pasangan Menjadi Lebih Matang
Of course la kan , mereka ni akan menjadi lebih matang.
Pengalaman pun dah banyak ,takat gaduh2 baling piring pinggan
tu not a big deal la.Lagi lagi time final exam ke , sebab sume orang
dah stress. Haha.Pepandai je aku ni. Sebenarnya , bila dah berkahwin,
secara automatik memang pasangan akan jadi matang , yela
kalau selama ni kau nak makan megi , makan jela kan.
bukan ade orang lain pun nak kisah , tapi kalau dah kawin
hari hari makan megi , ape cite kan ? Mestilah nak makan
masakan isteri lah blah blah blah. HAHA. Pastu nak makan
pun kena pandai bajet ,cukup tak duit tu smpai bulan depan,
kalau pakai ptptn , mesti tak berapa nak cukup kan.
Kenalah buat bisnes ke ape ke, kira akan terlatih untuk jadi
matang pasangan yang kawin awal ni.


  1. Hidup Lebih Sistematik
Yang ni ,mestilah sistematik lagi lagi bagi kaum lelaki la kan.
Ade bini iron baju nak g kelas , pagi2 ade breakfast koko krunch,
Pastu nak pegi kelas ade kiriman kata kata smgat ..
Cehhhwaah , macam laki je pegi kelas. Bini pun pegi kelas
Jugak ape. HEHE. Pastu , kalau nak buat ape ape , kena
bincang dulu dan ini secara tidak langsungakan
mendidik pasangn untuk lebih bertoleransi.

  1. Keputusan Peperiksaan Semakin Cemerlang
Ehem. Yang ni , pun bergantung pada individu jugak.
Tapi berdasarkan pgalaman senior senior , yang kawin
ni jarang la tak lepas. Selalunya mereka ni lepas la
syarat yang dikehendaki untuk kos mereka tu.
Even yang tak kawin pun ade je yang tak lepas kan ,
So aku rase a little bit unfair la bila orang kata budak yang
kawin awal ni selalu ade masalah dgn pelajaran.
Kenapa pasangan yang dpt result exceptional or
4 flat tu takde pulak orang nak kecoh kecoh.
Sebenarnya , bila dah kawin awal , kita akan ada
rase tanggungjwb untuk buat yang terbaik.
Mestilah kita nak buktikan yang kawin awal
ni tak beri kesan buruk pada pelajaran kita kan ?
Eh apsal pulak aku guna ‘kita’? Fine, typo
di situ ye. Heeee

Alrite , aku rasa 6 list di atas mungkin dapat
memberikan korang sedikit overview tetang kawin awal ni.
Next post , insyaAllah aku akan share the cons pulak.

Tapi actually , dlm dunia ni pun  mana
ada benda ade pros je , takde cons and 
begitu jugaklah sebaliknya. 

But it is how you really want something ,
and you don't think that it is going to be
a burden for you , then please proceed okay ?

Takde ape yang salah dengan kawin awal ,
kalau anda sanggup susah susah dahulu.

Allah pun dah berjanji :

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS:Annur :32)

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Kata kata tohmahan orang ?
Come on , they just keep talking.
When they get tired , they will stop.
And korang pun dah bahagia kott time tu. Hehe.


Assalam...

Tuesday, July 5, 2011

Hidup ini seperti secawan kopi !

Assalamualaikum....

Haloo dudes !

Long time no story.

Harini aku nak crite one of inspiring short story
yang femes ames kat dunia ni.
I dont know if u ever heard about this story before ,
tapi original story die dlm english version.
Jadi today aku nak terjemah dlm bhs kita kita
Kot la ade yang nak feel lebih kan. HAHA.
Alright....

Satu hari , ade satu grup alumni ni yang pakat nak
melawat depa punya profesor time kat universiti dulu.
Dorang diorang ni semua kira highly established la dalam
karier memasing. Ade yg jadi lawyer,gabenor, dato datin bagai.
You name it la all those career kan.
So alang alang dah orang orang hebat ni berjumpa,
depa pun dok komplen tak habis2 pasal hidup diorang
yg busy dan stress sangat sangat.
Maklum le kerja banyak kan. Ceh ceh.




Jadi bila dengar rungutan mereka mereka ni,
professor tu pun offer la ayak kopi bagi hilang stress tu.
Die pegi la dapur , and die bawak satu jug air kopi yg besar
bersama pelbagai jenis cawan. Ade cawan pocelain,
ade yg diperbuat dari kaca, plastik dan ade yang
mahal dan murah dan sederhana.

So mereka pun berebut la nak ambik cawan yg gred baguih ,
yang mahal mahal sume diorang ambik. Jadi yang murah ,
yg biasa biasa takdak sape ambik.
Maka berkata la prof itu ,
" lihat , kamu semua berebut rebut nak ambil cawan yang mahal ,
yang berkualiti , dan apabila ini sudah menjadi kebiasaan bagi kamu,
untuk sentiasa mencari yang terbaik , itulah sebenarnya punca masalah
dan stress yang kamu luahkan tadi ''

'' Sebenarnya , kalau kamu sedar , kualiti cawan itu tidak sedikitpun
mempengaruhi air kopi yang kamu minum . Tapi kebanyakan kes,
cawan itu hanyalah mahal dan kadang kadang menyembunyikan
apa yang kita minum ''

'' Yang kamu inginkan sebenarnya ialah kopi , bukannya cawan ,
tetapi secara tidak sedar kamu berebut kan cawan itu  , dan secara
tidak langsung kamu mengintai cawan rakan kamu yang lain ,
siapa yang memiliki cawan yang lebih baik ''

Sekarang cuba bayangkan begini :
Kopi itu adalah kehidupan kamu.
Manakala harta , pangkat , jawatan dan
kedudukan adalah cawan , hanya peralatan
yang mengangkat kehidupan kamu.
Dan cawan itu sedikitpun tidak mempengaruhi
kualiti kamu menikmati kopi kamu.

Kadang kadang kerana terlalu fokus dengan cawan ,
kita telah gagal menikmati secawan kopi.

'' Nikmatilah sehirup kopi , bukan sebuah cawan ! ''

Well , itulah dia cerita tentang kehidupan kita dan secawan kopi.
Face the fact, we are not going to live forever.
Jadi nikmatilah nikmat kehidupan yang ada,
Jangan sampai anda kehilangan kedua duanya sekali ;)

Janganlah kerana terlalu sibuk mencari yang TEEEEERRRRBAIKKK
kita telah hilang arah dan dan fokus tentang perkara yang lebih penting.




The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. 
Live simply. Love generously. 
Care deeply. Speak kindly.


Assalam....